Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS - Bila dengar kerajaan nak blacklist kan mereka yang engkar bayar balik pinjaman pendidikan dengan PTPTN, ramai yang sudah mula panas punggung. Kalau tak silap, mereka yang tidak bayar balik dalam tempoh enam bulan akan disenarai hitamkan, (blacklisted).

Mari ramai-ramai kita semak baki PTPTN dan lepas itu, buat bayaran balik lump sum (bayar habis), kan senang. Itu pun kalau baki yang tertunggak, tinggal sedikit. Kalau masih ada puluhan ribu, terpaksalah kita istiqamah bayar balik tiap-tiap bulan. Lama-lama habis lah nanti. Yang penting bayar...betul tak?


Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS 


1. Cara semak baki PTPTN secara ONLINE. Masuk ke website PTPTN di http://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html. Paparan berikut akan ditunjukkan.

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Masukkan no kad pengenalan baru anda, dan tekan SEMAK. Ikuti arahan selanjutnya.  Ok..

Sebaik-baiknya sediakan surat tawaran PTPTN kerana ada maklumat yang mungkin diperlukan untuk menyemak baki PTPTN anda. 


2. Cara semak baki online PTPTN guna SMS. Nombor yang nak di SMS adalah 15888.

Baiklah. Taipkan seperti berikut:

Ingat ye, guna SMS (short message system), bukannya whatsapp..hihi

PTPTN<jarak>BAKI<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[No Pin]

Contoh: PTPTN BAKI 811204015388 777333

Hantarkan SMS ke 15888 


Contoh paparan skrin handphone bila dapat balasan daripada servis 15888 tersebut:


Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Bagaimana? Mudah, kan? Jika diberi pilihan, saya prefer guna SMS semak baki PTPTN. Sebab on the spot dia reply, tetapi kena ingat no pin yang diberikan oleh PTPTN dahulu.

Selamat mencuba. #sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. salam..no pin tu klau xingt nk tgk kt mne?means boleh check kt mne2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dptkan no pin, cuba cara barikut: PTPTN NOPIN NOIC DAN HANTAR KE 15888

      Delete
  2. Kena bayar ke no.pin tu klo sms

    ReplyDelete
  3. Sy dah semak. Dia xbg no.pin pun. Dia suruh letak no.pin kalau nak tahu baki..😑

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close