Doa Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Ada ketika badan kita sakit-sakit setelah penat bekerja. Kadang-kadang badan sakit-sakit akibat terlalu stress. Bila badan tidak sihat, fikiran pun ikut sakit. Betul tak? Pernahkah anda merasakan begitu?
Saya ada terbaca di FB tentang doa untuk kesihatan tubuh badan. Saya kongsikannya kepada anda semua agar dapat dimanfaatkan bersama-sama.
Doa Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Cara amalan doa kesihatan tubuh badan di atas:
1. Letakkan tangan pada tempat yang sakit2. Baca Bismillah = 3 kali
3. Bacakan doa kesihatan tubuh badan seperti berikut:
A'uudzu billahi waqudrotihi, min syarri, maa ajidhu, wa uhaa ziru
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan aku khuatirkan.
Semoga perkongsian doa kesihatan tubuh badan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dapat meredakan kesakitan yang anda alami.
Teringat saya akan satu kata-kata,
Kejarlah akhirat, insya Allah kamu akan dapat kedua-duanya iaitu duniawi dan ukhrawi.
Selamat berkongsi...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.