Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hilangnya Permata Bangsa Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil

Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil merupakan permata bangsa Johor dan beliau amat dikasihi oleh segenap rakyat jelata kerana kerendahan hatinya yang sering bergaul dengan rakyat biasa.

Beliau satu-satunya kerabat diraja yang tidak malu untuk memuat naik gambar pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum di laman facebook miliknya.

Mangkatnya Permata Johor Tunku Abdul Jalil

Antara rakan rapat Almarhum Tunku Jalil yang juga rakyat biasa, adalah penyanyi Nomad.

"Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah, tulis Nomad dalam laman Instagram miliknya.

"Saya sangat rindukan Ku (Tunku)... sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku.

"Ku, tunggu patik, Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir. Al-Fatihah," tulisnya, malam tadi.

PENYANYI Tetap Menantimu, Nomad berkongsi rasa sedih di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diketahui umum begitu rapat dengannya.

Melalui akaun Instagramnya, Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang menyayat hati tersebut.


Hilangnya Permata Bangsa Johor


Sejak berita kemangkatannya tersebar malam tadi, laman sosial dibanjiri ucapan takziah dan rata-rata rakyat di negara ini terutama dari negeri Johor berduka atas kehilangan permata Johor itu.

Kira-kira tiga minggu lalu, Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital.

"Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

"Kami rindu lawak Ku. 'Be strong Ku!," tulisnya.

Tunku Abdul Jalil dilihat sering memuatnaik gambarnya beraktiviti bersama Nomad di laman Instagram.

Mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita kanser hati tahap empat, Almarhum sempat menjalani rawatan pemindahan hati di China sebelum ini.

Putera keempat Sultan Johor itu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini terkenal dengan sifat mudah mesranya dan sangat disenangi rakyat jelata.

Akhir kata, marilah sama-sama kita sedekahkan al Fatihah kepada YAM TLJ Tunku Abdul Jalil dengan doa dipanjatkan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan kasih Illahi.

Doa untuk jenazah;


Innalillahi Wainna Ilaihi rojiun. ..

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah...Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal alaamiin. ..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close