Petua Memilih Tempe Yang Sedap - Tentu anda semua biasa dengar tempe. Tempe sedap di goreng garing dan dimakan cicah dengan sambal kicap. Memang mengancam! {Hihi..} Tempe dibuat daripada kacang soya, kemudian diproses, dibungkus dan diperam sehingga cukup masak untuk digunakan. Membuat tempe memerlukan kesungguhan, kesabaran dan ilmu yang cukup. Jika tidak, tempe tidak menjadi dan rasanya pahit.
Dahulu, sewaktu arwah nenek saya masih hidup, beliau kerap membuat tempe sendiri daripada awal hingga akhir. Saya suka membantunya mengelap dan memilih daun rambai yang elok untuk dibuat pembungkus tempe. Setelah beliau pergi 4 tahun yang lepas, kami hanya membeli tempe yang sudah siap kerana tiada sesiapa yang mewarisi kemahiran beliau itu.
Antara bahan-bahan membuat tempe adalah:
1. Kacang soya
2. Ragi Tempe
3. Air
4. Plastik @ daun pisang @ daun rambai untuk membungkus tempe
Kalau anda nak tahu cara membuatnya, boleh semak di myresepi.com.
Tempe biasanya dibungkus dengan daun pisang atau daun rambai. Lebih lazat rasanya. Mungkin aroma dari daun tumbuhan yang asli yang lebih melazatkan rasanya dan tempe lebih lembut. Namun pada masa sekarang, orang guna plastik spageti untuk membungkus tempe.
So, petua nak pilih tempe yang sedap adalah dengan melihat bungkusannya. Samada dengan plastik atau dengan daun sebagai pembalut. Anda tak percaya? Saya telah mencubanya. Tempe yang dibungkus dengan daun rambai dan daun pisang lebih lemak, lembut dan lazat rasanya. Lagi satu, isinya lebih hangat. Tak tau kenapa? Hihi...
Jika ada anda ada sebarang pengalaman atau pertanyaan berkaitan tempe yang lebih sedap dan sebagainya, bolehlah tinggalkan komen di ruangan di bawah.
Semoga bermanfaat.
Dahulu, sewaktu arwah nenek saya masih hidup, beliau kerap membuat tempe sendiri daripada awal hingga akhir. Saya suka membantunya mengelap dan memilih daun rambai yang elok untuk dibuat pembungkus tempe. Setelah beliau pergi 4 tahun yang lepas, kami hanya membeli tempe yang sudah siap kerana tiada sesiapa yang mewarisi kemahiran beliau itu.
Antara bahan-bahan membuat tempe adalah:
1. Kacang soya
2. Ragi Tempe
3. Air
4. Plastik @ daun pisang @ daun rambai untuk membungkus tempe
Kalau anda nak tahu cara membuatnya, boleh semak di myresepi.com.
Petua Memilih Tempe Yang Sedap
Tempe biasanya dibungkus dengan daun pisang atau daun rambai. Lebih lazat rasanya. Mungkin aroma dari daun tumbuhan yang asli yang lebih melazatkan rasanya dan tempe lebih lembut. Namun pada masa sekarang, orang guna plastik spageti untuk membungkus tempe.
So, petua nak pilih tempe yang sedap adalah dengan melihat bungkusannya. Samada dengan plastik atau dengan daun sebagai pembalut. Anda tak percaya? Saya telah mencubanya. Tempe yang dibungkus dengan daun rambai dan daun pisang lebih lemak, lembut dan lazat rasanya. Lagi satu, isinya lebih hangat. Tak tau kenapa? Hihi...
Tempe yang dibungkus dengan daun rambai |
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Walaupun saya berketurunan jawa ...haram tak tahu nak buat tempe... makan je tau.... haha
ReplyDeleteSama lah kita..ikut2 org buat bolehlah..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.