Redha Adalah Terapi Paling Berkesan ketika Mendapat Keputusan Peperiksaan | Redha. Perkataan yang sukar dihadam tetapi mudah menyebutnya. Redha juga amat sukar diterima dalam seminit dua, walau kita mencubanya sedaya upaya. Redha memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Redha juga adalah yang menentukan tingkat keimanan seseorang hamba terhadap TuhanNya.
Ada apa dengan redha? Mengapa saya nak cakap dan tulis pasal redha?
Artikel ini adalah susulan pengumuman Keputusan Peperiksaan PT3 semalam iaitu 14 Disember 2015. Saya berada di tengah-tengah kesibukan dan keterujaan ibubapa untuk melihat keputusan PT3 anak-anak mereka. Ada yang ceria, ada yang gundah, ada yang tenang dan tak kurang juga yang selamba. Pada ketika ini sudahkah kita bersiap sedia untuk redha? Lapangkan fikiran, perbanyakkan mengingatkan Allah dan sedekahkan al Fatihah kepada anak-anak kita yang akan mengetahui keputusan terhadap usaha mereka selama 3 tahun yang lepas?
Teringat perbualan saya dengan myhero malam sebelumnya. Saya tanyakan anggaran keputusan PT3 nya nanti.
"Mungkin saya dapat 4A, ibu."
Saya senyum. "Kenapa sikit sangat?"
"Itu yang saya yakin dengan usaha dan kefahaman saya pada subjek tu.."
Baiklah. Saya tak marah. Saya tak tension. Dia pun rilek saja.
"It's okay. 4A pun bersyukur lah. Kalau dapat lebih baik, itu satu bonus." Itu jawapan saya..
Waktu dinanti pun tiba. Result dah dapat. Sewaktu nak ambil result pun kami boleh bergurau dan dia boleh bertegur sapa dengan rakannya yang lain dengan happy.
Tidakkah anda terfikir adakah dia boleh setenang itu jika saya letakkan tekanan kepadanya? Mampukah dia bergurau dengan rakan-rakannya sebelum result keluar jika saya awal-awal tidak gembira dengan tekaan keputusan yang dibuatnya malam tadi?
Anda fikirlah sendiri.
Redha. Alhamdulillah. Dia berjaya mendapat lebih A dari yang ditekanya malam tadi. Dia berjaya berdikari. Itulah hasil usahanya sendiri dan didikan dari guru-gurunya. Kejayaannya adalah pemangkin semangat. Untuk dirinya juga agar terus istiqamah dalam mencari hala tujunya sendiri.
Semalam, dalam perjalanan 2 jam pulang ke rumah, kami berbual seperti orang dewasa. Sekali lagi saya tanyakan kepadanya,
"Masih nak jadi doktor?"
"Ya, ibu.."
Dengan jawapan penuh yakin myhero masih lagi dengan cita-citanya. Mahu berbakti kepada pesakit di luar sana bila masanya tiba nanti. Saya mendoakan penuh redha. Namun saya jelaskan kepadanya beberapa perkara;
1. Bina keyakinan daripada sekarang. Usia menginjak 16 tahun bermakna sudah pra-dewasa. Berdikarilah dalam kehidupan.
2. Karekter dan kelakuan yang sesuai untuk menjadi seseorang yang anda idamkan suatu hari nanti, contohnya karekter seorang doktor. Anggapkan anda seorang doktor sekarang. Apa kerekter yang perlu ditonjolkan.
3. Bina kerjaya impian kerana Allah Taala. Niatkan untuk membantu manusia lainnya, walau apapun kerjaya anda satu masa nanti.
4. Jangan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan reputasi anda pada masa depan. Contohnya jangan post sesuatu yang boleh mengundang padah di FB, Twitter dan sebagainya.
5. Mulakannya sekarang! Perjuangkan apa yang anda mahu jadi suatu hari nanti. Kaitkan pelajaran di sekolah dengan realiti bila anda bekerja nanti. Tidak salah bermimpi. Silakan. Asalkan ianya berpaksi kepada impian yang nyata.
6. Bertanggungjawablah. Walaupun anda sekadar seorang pelajar, ambil tanggungjawab sebagai salah satu tugas anda yang utama sekarang.
Kemudian saya bermonolog sendiri. Saya memang mahukan myheroes menjadi seorang doktor. Kerana apa? Kerana kerjanya dikelilingi oleh orang sakit. Dan Malaikat turun menjenguk setiap hari dan saat. Bukankah itu kerjaya yang mulia? Begitu juga pekerjaan seorang guru, ustaz dan sebagainya. Majlis ilmu merupakan taman-taman syurga. Tidak mahukah anda untuk bekerja dalam barakah dan dalam rahmat Allah?
Jika hanya impian itu menjadi nyata...saya antara orang yang berbahagia di dunia. Namun begitu, saya jelaskan kepada myheroes (2 actually), saya telah halalkan segalanya untuk mereka.
Bermainlah! Belajarlah! Makanlah! Lakukannya dengan gembira kerana anda tidak berhutang dengan saya, duhai hero-heroku...telah kuredhakan semuanya.
#sebarkan bahagia.

Binalah Kerjaya Impian Anda Daripada Sekarang!

2 Comments
the must read artikel these sis, very inspired n motivate others:) gud job!
ReplyDeletethanks sis...alhamdulillah. whtever happened, it must have a reason. For us to think & accept, if it meant to be, it will happened. If God willing..;)
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.