Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Cara Drastik Gandakan Trafik Ke Blog

4 Cara Drastik Gandakan Trafik Ke Blog. Blog yang tinggi trafiknya adalah blog yang mesra SEO. Selain kandungan blog yang bermutu, entri yang unik, bersesuaian dengan situasi semasa serta mudah difahami, ada faktor penting lain yang diambil kira untuk dapatkan trafik yang tinggi.

Ada cara drastik yang boleh tingkatkan trafik blog. Nak gandakan trafik blog pun boleh. Kena buat kerja-kerja berikut untuk dapat semua itu.

Namun begitu perlu ditegaskan bahawa menulis blog adalah sesuatu yang luas tanggungjawabnya. Anda kena bertanggungjawab ke atas segala post/artikel yang anda terbitkan. Jika anda ambil artikel orang lain, sila berikan kredit yang selayaknya kepada penulis/penerbit asal tersebut.

4 Cara Drastik Gandakan Trafik Ke Blog 


Cara drastik gandakan trafik yang bakal saya sebutkan di bawah adalah melalui pengalaman saya sendiri. Contohnya sebelum ini blog trafik saya sekitar 20,000 sehari, tetapi bila saya buat kerja-kerja 'gila' kat bawah ini, saya dapat mencapai sehingga 30,000 pageview sehari.

1. Ping Entri Ke Laman Sosial Seperti Twitter, Facebook Dan Google Plus

Biasa dah kita dengar supaya selalu buat kerja-kerja Ping! entri untuk gandakan trafik dengan cepat. Ping entri jangan buat di sebarang tempat sebaliknya ping di media sosial yang berpengaruh seperti FB, Twitter dan G+. Inilah antara media sosial terbesar dan luas capaiannya di seluruh dunia. Jangan lupa letak satu atau 2 ping aggregator seperti Babab.net dan sebagainya. Bila ping entri di Babab.net, insyaa Allah artikel anda cepat dicapai oleh medium yang luas.

4 Cara Drastik Gandakan Trafik Ke Blog

Ada juga cara untuk auto ping artikel ke FB, Twitter & G+ ini. Anda boleh gunakan perkhidmatan seperti dlvr.it dan ifttt.com. Ada sesetengah servis mereka diberikan percuma dan ada yang berbayar. Pilihan di tangan anda..

2. Rajin bolgwalking

Macam mana cara nak rajin blogwalking? Mudah aje sebenarnya. Langkah pertama, join sebarang segmen blogwalking. Nanti pihak penganjur akan senaraikan ahli blog yang turut serta dengan URL blog mereka. Kemudian, dari situ kita dah ada senarai blog yang nak BW dan boleh war-warkan tentang wujudnya blog kita.

3. Tinggalkan komen di blog rakan-rakan

Selepas join segmen atau giveaway oleh rakan blogger, jangan lupa tinggalkan komen sambil pesan suruh singgah blog kita pulak. Hehe...

Ada ketika baca sampai habis entri kekawan tetapi lupa nak komen. Rugilah...

4. Update Blog Setiap Hari 

Yang last ni kena ada sikap rajin. Iaitu rajin update blog. Hari-hari tau.

Jika anda pergi melawat rumah orang yang bersawang sana sini, apa perasaan anda? Begitu juga blog yang tidak di kemas kini ibarat rumah yang bersawang. Tak ada mood orang nak pergi untuk kali kedua. Ubahlah pelan update blog anda... 

Kesan Buat 4 cara Di atas:

1. Trafik naik dua kali ganda, macam blog saya
2. Income Nuffnang & Adsense meningkat 2 kali ganda dan lebih
3. Banyak artikel yang menjadi di kedudukan pertama di enjin carian
4. Jumlah komen bertambah, berkali ganda
5. Mood berblog kembali segar dan bersemangat.

Selamat mencuba. Mesti boleh...

#sebarkan info.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Tips yg ckup bermanfaat...snggah blogwalkng d sini...^_^

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close