Banyak makanan yang boleh membantu diet sihat anda. Kebanyakan makanan yang bagus adalah makanan yang tidak diproses dan rendah kandungan kalorinya. Anda mahu sihat dan menjaga berat badan? Di bawah ini ada disenaraikan 4 makanan yang dapat membantu dalam program diet anda.
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah limau gedang ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka - Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Selepas membaca 4 makanan yang boleh membantu diet sihat anda di samping menjaga berat badan, anda digalakkan mengikuti diet yang disarankan secara sederhana, teratur dan berterusan. Dapatkan nasihat pakar jika anda kurang pasti dengan diet yang diperlukan oleh tubuh.
#sebarkan tips sihat untuk hidup sihat.
- Teh Hijau
- Cuka
- Halia
- Limau Gedang atau Grapefruit
4 Makanan Bantu Diet Sihat Dan Jaga Berat Badan
Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
Limau Gedang atau Grapefruit
Limau gedang (grapefruit) adalah sejenis buah-buahan sitrus yang mempunyai banyak manfaat kesihatan yang ditawarkan. Ia membantu dalam menangani masalah kolesterol, mengurangkan risiko kanser, memperbaiki penglihatan dan banyak lagi. Anda akan terkejut untuk mengetahui bahawa mineral dan vitamin dalam buah ini juga membantu dalam meningkatkan kecantikan anda.
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah limau gedang ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka - Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.
Cuka Epal
Dalam banyak jenis cuka, cuka epal ada banyak khasiatnya. Ia juga bagus untuk kurangkan berat badan dengan masa yang singkat.
Sekarang ini pelbagai cara digunakan semata-mata untuk mengatasi masalah kegemukan. Samada menggunakan cara tradisonal, menjalani rawatan di pusat-pusat kecantikan menguruskan badan atau melalui pelbagai produk yang memaparkan jenama dan harga yang berbeza, namun natijahnya hannya satu untuk kuruskan badan.
Cuka epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu. Cuka epal dihasilkan melaui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang bewarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan.

Antara khasiat cuka epal ialah:
- Memecahkan molekul lemak dan secara tidal langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuh jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
- Membantu meningkat kadar metabolisme badan. Dengan itu kadar pembakaran lemak menjadi lebih cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
- Membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan yang disebabkan pengumpulan lemak.
- Sebagai tambahan, jika cuka epal diambi setengah jam sebelum makan. Akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
- Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam
- Meningkatkan system imun badan.
- Membersihkan buah pinggang.
Halia
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Selepas membaca 4 makanan yang boleh membantu diet sihat anda di samping menjaga berat badan, anda digalakkan mengikuti diet yang disarankan secara sederhana, teratur dan berterusan. Dapatkan nasihat pakar jika anda kurang pasti dengan diet yang diperlukan oleh tubuh.
#sebarkan tips sihat untuk hidup sihat.
1 Comments
alhamdulillah setakat ni saya amek semua yg tersenarai ^_^
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.