Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Artis Paling Popular 2014 Shahiezy Sam Akhirnya Akan Berkahwin

Shahiezy Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad dilahirkan pada 4 September 1982 ialah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik kepada dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.

Info daripada Wikipedia, tiga lagi adik beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres Zizie Ezette pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan.

Sam mempunyai seorang lagi kakak yang tidak terlibat dalam bidang seni iaitu Jozieta Ronalie Abdul Samad.

Penglibatan keluarga Mummy Khaty dalam bidang seni bertitik-tolak daripada pembabitan Zizie Ezette dalam bidang lakonan ketika berusia 14 tahun serta kemunculan Jeff bersama A to Z pada 1996.

Semuanya bermula setelah kematian bapa Sam pada 9 April 1995 akibat kanser yang kronik. Allahyarham sempat menitip pesan kepada Khaty untuk menentukan hala tuju keluarga. Ibu tunggal lima anak itu berkata, ketika itu suaminya menyuruh dia memilih sama ada bekerja di pejabat atau menemani Zizie ke lokasi penggambaran. Menurut Kathy, jika dia mahu Zizie menjadi pelakon, dia perlu berhenti kerja kerana arwah suaminya bimbangkan keselamatan anaknya itu.

Apabila Zizie mendapat tawaran berlakon filem Kekasih Awal dan Akhir pada 1993, suaminya memberikan kata dua itu. Demi menyahut cabarannya, Khaty sanggup berhenti kerja dan menemani Zizie hingga dirinya pula ditawarkan menjadi pelakon. Walau mulanya suami tidak suka anak-anak jadi artis, akhirnya Allahyarham merestui.

Artis Paling Popular 2014 Shahiezy Sam Akhirnya Akan Berkahwin


Artis Paling Popular 2014 Shahiezy Sam Akhirnya Akan Berkahwin


Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.

Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106737#sthash.Vc91YBFO.dpuf

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close