Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Berbunga harum sepanjang usia. Cintanya mekar bersama hingga hujung nyawa. Buku Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah. Lakaran bijak yang menyuntik rasa santai sang pembaca. Ada sinis, ada benarnya. Seharian memandang sidia yang halal, ada saja yang tak kena. Mana silapnya? Tak mahukah kita menjadi pasangan bahagia bagaikan Khadijah dengan Rasulullah? Tepuk dada tanya iman...



Teaser....
"Diceraikan kerana kerepek."
"Diceraikan kerana sabun cuci."
"Baru masuk 30 tahun sudah menjadi janda."

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah


Mana janji sehingga hari tua?

Ini berita di KOSMO muka hadapan pada hari ini.

Ada rasa yang hairan, "Eh, benda kecil pun boleh jadi begini?"

"Sepatutnya mereka jaga iman...." dan macam-macam lagilah judgemental skrip ke atas mereka.

Penulis Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah berkata, "Apa yang dilihat kecil oleh orang perempuan dan lelaki berbeza. Misalnya, 'mendengar' itu kecil pada orang lelaki berbanding 'didengari'. Manakala orang perempuan pula melihat 'mendengar' lebih besar berbanding 'didengari'."

Ejaan sama, tapi maksud 'dengar' itu berbeza ya.

Ketika majlis nikah, kita nampak kesempurnaan usaha membina keluarga, mahukah kita kuatkan akarnya?

Ramai mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Tetapi tidak sampai satu peratus memberitahu pengantin baru apakah itu 'adjustment period.'

Orang yang mahu berkahwin dan sudah berkahwin sudah ada ciri-ciri kemuliaan kerana menjaga yang halal. Tetapi yang halal itu memerlukan satu ilmu lagi, 'memanjangkan tempoh halal'. Apa pengisianya.

Setakat ini lebih 14,000 wanita sedang membaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah bagi mempelajari kemahiran 'memanjangkan' halal dalam perkahwinan.

Penulis ini pun apabila 'gaduh-gaduh' comel dengan isteri pun buka buku sendiri, katanya, "Apa yang saya tulis ini sebagai manual ke atas diri dan membantu orang lain."

Saya ada beberapa naskhah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah jika ada yang mahu. Mohon klik pintu ini di SINI sebelum tengah hari ini. Boleh digunakan oleh pembaca dan dihadiahkan kepada kawan-kawan kita sayang.

p/s Ikhtiar kita memanjangkan yang halal, menyuburkan cinta.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close