Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bila Lelaki Itu Memohon Maaf

Bila Lelaki Itu Memohon Maaf. Nampak janggal sikit artikel saya kali ini. Sisi rahsia seorang lelaki yang sukar memohon maaf. Harga ego dan maruah seorang lelaki memang tinggi. Memang sukar bagi golongan lelaki maskulin yang 'tergamak' menghulurkan maaf kecuali bila masuk hari raya. Heheh..

Jika masa santai tersilap sikit , payah benar nak minta maaf. Wahai lelaki, entri kali ini agak prejudis tetapi itulah realitinya.

Bila Lelaki Itu Memohon Maaf

Namun begitu, bila sesekali lelaki memohon maaf kerana membuat kita menangis, itu tandanya anda memang seorang yang bertanggungjawab. Wanita mudah tersentuh hatinya. Kadang-kadang badan yang sakit, kena tinggikan suara oleh orang lelaki atau pasangan, mudah saja air mata mengalir.


Bila Lelaki Itu Memohon Maaf


Tahukah anda duhai orang lelaki? Apa wanita atau pasanganmu rasa bila anda memohon maaf?

1. Rasa disayangi
2. Rasa dihargai
3. Hilang segala amarah dan dendam
4. Sakit menjadi pulih
5. Lebih berazam untuk menjadi pasangan yang terbaik buat anda
6. Hilang segala kesedihan

Sebenarnya ada 1001 rasa yang tak terluah oleh wanita bila orang lelaki atau pasangan memohon maaf. Tak perlu susah payah menghantar bunga, bagi kereta sebiji dan sebagainya untuk memohon maaf. Cukup sekadar menghantar whatsapp atau telefon, itu pun memadai bagi wanita. Tapi kena ingat ya...jangan tunggu lama-lama untuk memohon maaf. Hati wanita akan terluka jika dibiarkan tersakiti. Bimbang nanti jika lukanya semakin parah, tiada lagi ruang maaf buatmu.

Seorang wanita mudah memaafkan jika lelaki itu pun serupa, berani memohon maaf. Kadang-kadang wanita menangis bukannya dicurangi tetapi sebaliknya kena tinggi suara pun dah syahdu. Begitulah adanya...

Bila Lelaki Itu Memohon Maaf 

Bila orang lelaki atau pasangan dah mohon maaf, terus happy. Nak bershopping..itulah taktiknya!

Luahan di atas adalah sekadar sebuah pengajaran agar orang lelaki janganlah terlalu ego untuk memohon maaf. Tulisan saya mungkin ada cacat celanya namun yang penting adalah ambil yang baik untuk dijadikan panduan.

#saya sayang lelaki itu. Sebarkan bahagia...


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close