Bagaimana nak hilangkan sedih? Bolehkah sedih dirawat dalam masa singkat? Apakah sebab seseorang bersedih? Sedih ada banyak sebab antaranya kerana kehilangan, ditinggalkan, dihina, difitnah dan banyak lagi. Kesedihan ada yang mudah dihapuskan tetapi ada juga yang makan tahun untuk dihilangkan.
Ada seorang kawan saya putus tunang dan kejadian ini membuatkan beliau bersedih. Ketika belajar pun menangis, drive pun menangis hinggakan tak lalu makan. Saya sebagai rakan baiknya hanya mampu memberikan nasihat agar beliau tabah.
Orang yang sedang bersedih ni kuat makan tau...tak caya? Saya lihat kawan saya asyik tapaw Mc Donald sewaktu dia sedang bersedih. Buat discussion pun dalam Mc Donald, mudah nak order makanan. Namun tabiat ini tak baik ya kekawan.
Ada cara lain untuk hilangkan sedih. Antaranya adalah selalu ingat Allah. Bersangka baik dengan ujian yang Allah sedang turunkan buat kita. Berserah diri kepadaNya. Memohon takdir yang baik-baik di kemudian hari dengan Allah. Semoga doa kita yang ikhlas itu Allah makbulkan. Minta agar Allah hilangkan kesedihan kita dan hadirkan berita gembira pada akhirnya.
Selain itu, peranan rakan baik amat penting. Hiburkan rakan yang sedang bersedih dengan kata-kata yang positif. Kalau buat joke pun...biarlah satu gurauan yang membina dan bertujuan untuk menceriakan rakan kita itu. Jangan dihasut rakan tadi untuk membalas dendam. Ia hanya akan membuatkan keadaan menjadi teruk. Rakan anda pun mungkin bertambah parah sedihnya..
Jika sedang bersedih, cuba bawa diri anda mencari kedamaian. Mungkin makan angin atau melancong ke destinasi yang tenang seperti ke pulau-pulau, buat aktiviti yang kita suka. Jika tak suka pergi pulau, berjalan-jalan ke shopping complex juga boleh menghilangkan kesedihan. Ia terpulang kepada kita sendiri bagaimana mahu menangani rasa sedih tersebut.
Apa kata anda makan aiskrim atau coklat untuk hilangkan rasa sedih. Tak caya? Coklat atau aiskrim adalah makanan yang manis. Jika kanak-kanak sedang menangis atau rasa sedih, kita berikan kedua-dua manisan ini, dia akan berhenti menangis.
Jadi secara simboliknya, makanan yang manis boleh membuatkan kita tersenyum semula. Hilang semua kesedihan yang sedang dirasai.
Ok.
Cukuplah saya bagi beberapa cara mudah nak hilangkan rasa sedih seperti di atas. Rasa sedih hanyalah sebuah perasaan. Ia datang dan pergi. Bila-bila masa rasa sedih pun boleh datang kembali. Rasa kesunyian pun boleh buat orang rasa sedih. Oleh itu hiduplah dengan lebih ramai rakan di sekeliling kita daripada kita terperuk menghadap hand phone. Heheh...
Buat baik dibalas baik..ya tak? Gembirakan rakan-rakan dan taulan, kita juga akan ikut gembira.
#sebarkan Bahagia.
Ada seorang kawan saya putus tunang dan kejadian ini membuatkan beliau bersedih. Ketika belajar pun menangis, drive pun menangis hinggakan tak lalu makan. Saya sebagai rakan baiknya hanya mampu memberikan nasihat agar beliau tabah.
Orang yang sedang bersedih ni kuat makan tau...tak caya? Saya lihat kawan saya asyik tapaw Mc Donald sewaktu dia sedang bersedih. Buat discussion pun dalam Mc Donald, mudah nak order makanan. Namun tabiat ini tak baik ya kekawan.
Cara Hilangkan Sedih
Selain itu, peranan rakan baik amat penting. Hiburkan rakan yang sedang bersedih dengan kata-kata yang positif. Kalau buat joke pun...biarlah satu gurauan yang membina dan bertujuan untuk menceriakan rakan kita itu. Jangan dihasut rakan tadi untuk membalas dendam. Ia hanya akan membuatkan keadaan menjadi teruk. Rakan anda pun mungkin bertambah parah sedihnya..
Jika sedang bersedih, cuba bawa diri anda mencari kedamaian. Mungkin makan angin atau melancong ke destinasi yang tenang seperti ke pulau-pulau, buat aktiviti yang kita suka. Jika tak suka pergi pulau, berjalan-jalan ke shopping complex juga boleh menghilangkan kesedihan. Ia terpulang kepada kita sendiri bagaimana mahu menangani rasa sedih tersebut.
Apa kata anda makan aiskrim atau coklat untuk hilangkan rasa sedih. Tak caya? Coklat atau aiskrim adalah makanan yang manis. Jika kanak-kanak sedang menangis atau rasa sedih, kita berikan kedua-dua manisan ini, dia akan berhenti menangis.
Jadi secara simboliknya, makanan yang manis boleh membuatkan kita tersenyum semula. Hilang semua kesedihan yang sedang dirasai.
Ok.
Cukuplah saya bagi beberapa cara mudah nak hilangkan rasa sedih seperti di atas. Rasa sedih hanyalah sebuah perasaan. Ia datang dan pergi. Bila-bila masa rasa sedih pun boleh datang kembali. Rasa kesunyian pun boleh buat orang rasa sedih. Oleh itu hiduplah dengan lebih ramai rakan di sekeliling kita daripada kita terperuk menghadap hand phone. Heheh...
Buat baik dibalas baik..ya tak? Gembirakan rakan-rakan dan taulan, kita juga akan ikut gembira.
#sebarkan Bahagia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.