Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress - Anak adalah harta paling bernilai yang dikurniakan kepada setiap ibu bapa selain wang ringgit dan lain-lainnya. Anak-anak yang normal akan membesar mengikut peringkat perkembangan yang sesuai dengan umur mereka. Dari merangkak, berjalan dan berlari, semuanya berlaku mengikut peraturan semulajadi kitaran hayat manusia. Dalam proses tumbesaran tersebut, tentu anak-anak kita akan bertembung dengan konflik persekitaran, pemakanan, pemikiran dan banyak lagi. Itu yang menimbulkan tekanan atau stress terhadap anak-anak tersebut.
Jennifer Shroff Pendley, PhD dari The Society of Pediatric Psychology Board mengatakan bahawa penyebab stress pada anak ada banyak sebab;
Jadi, bagaimanakah caranya kita nak mengetahui jika anak kita sedang stress? Apakah tanda-tandanya?
Keletah atau gelagat anak yang stress antara lainnya mungkin juga bila anak berubah pendiam. Atau ada juga anak yang kencing malam, itu pun mungkin tanda dia stress atau terlalu penat.
Walau apapun tanda-tandanya, anak yang stress tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Masalah tersebut harus ditangani dengan segera bagi mengelakkan anak-anak bertukar personaliti untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Itu bahaya! Jaga-jaga...
#Sebarkan info
Jennifer Shroff Pendley, PhD dari The Society of Pediatric Psychology Board mengatakan bahawa penyebab stress pada anak ada banyak sebab;
"Aktiviti yang terlalu banyak, sakit, kehilangan orang yang dicintai dan perceraian orang tua merupakan beberapa penyebab stress pada anak."
Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress
Jadi, bagaimanakah caranya kita nak mengetahui jika anak kita sedang stress? Apakah tanda-tandanya?
1. Terlampau Nakal
Kanak-kanak terutamanya akan menjadi terlampau nakal jika dia stress. Perasaan memberontak yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata menyebabkan anak-anak kecil dan remaja terutamanya menjadi terlalu nakal hingga menyusahkan ibubapa. Dalam had umur 12 - 21 tahun inilah anak-anak menunjukkan kenakalan sebenar mereka. Itu tandanya mereka stress. Oleh itu dekati mereka dan sentuh hati mereka dengan lembut agar tekanan yang dihadapi boleh kita fahami dan kemudiannya selesaikan.2. Hyperaktif
Anak yang stress akan kelihatan sangat aktif. Ada beberapa tindakan yang menunjukkan anak-anak sedang stress seperti menendang, memukul, menggigit dan juga menjerit. Cuba buka ruang komunikasi dengan mereka dengan perlahan-lahan. Dekati mereka dengan lembut. Namun jika cara tersebut tidak berjaya, sebaiknya segera mendapatkan nasihat doktor atau ahli terapi kanak-kanak.3. Kuat menangis
Anak yang stress juga kuat menangis terutamanya bayi hingga mereka yang berusia 8 tahun. Stress di sekolah, mereka tidak mahu pergi sekolah. Bila diminta pergi sekolah, mereka menangis semahu-mahunya. Bila dihantar ke taska, mereka meronta-ronta danmenangis tidak berhenti. Untuk menghilangkan stress sebegini, biasakan anak-anak dengan persekitaran sekolah atau taska.4. Mengigau ketika tidur
Sering mengalami sakit perut atau susah tidur juga mungkin disebabkan oleh stres yang dialami oleh anak. Jika anak anda tiba-tiba mengalami perubahan pada pola makan, sering sakit perut, dan susah tidur ada baiknya anda segera menemui doktor untuk meminta pertolongan dan nasihat.Keletah atau gelagat anak yang stress antara lainnya mungkin juga bila anak berubah pendiam. Atau ada juga anak yang kencing malam, itu pun mungkin tanda dia stress atau terlalu penat.
Walau apapun tanda-tandanya, anak yang stress tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Masalah tersebut harus ditangani dengan segera bagi mengelakkan anak-anak bertukar personaliti untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Itu bahaya! Jaga-jaga...
#Sebarkan info
2 Comments
anak saya kalau terlebih makan gula mesti hyperaktif terlebih
ReplyDeleteiya, terlebih gula dalam badan memang buatkan kita hyperactive..kena kurangkan tu..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.