Ketahui Pemakanan untuk pesakit gout. Artikel ini dikongsikan daripada bacaan saya berkaitan dengan penyakit GOUT. GOUT memang menyakitkan, tidur tidak selesa dan ada sesetengahnya langsung tidak boleh berdiri. Pesakit GOUT boleh menyerang sesiapa saja termasuklah wanita, kanak-kanak, remaja dan orang lelaki.
Untuk menambah info tentang GOUT, di bawah ini saya senaraikan cara-cara mengawal GOUT, cara pemakanan untuk pesakit GOUT, makanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh pesakit GOUT.
GOUT adalah sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.
Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, merah dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.
Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.
Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini, berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah.
Tambahan pula, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
“Tidak dinafikan, penyakit ini jika sekali terkena sukar untuk sembuh, tetapi kita boleh mencegah serangannya dengan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.
“Untuk itu, pesakit perlulah mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang, dan ketam kerana kandungan purinnya tinggi, serta tidak ketinggalan makanan berasaskan kacang, dan daging merah, seperti daging lembu.
“Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu, serta daging kambing juga perlu dielak kerana kesemua makanan ini mengandungi purin yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Disebabkan itu juga, setiap pesakit gout disarankan agar sentiasa mengamalkan diet mengikut panduan piramid makanan.
Katanya, minuman keras juga patut dielakkan kerana minuman tersebut boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.
Ulasnya, selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan berprotein tinggi secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.
Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan atau dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak kerana zat tersebut penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.
Antara perkara penting dalam pemakanan untuk pesakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Daun pasli juga amat berkesan untuk merawat GOUT.
2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.
3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).
5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.
6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.
Begitu pun, Nurul Ain memberitahu, tidak semua makanan yang berprotein ada risiko gout, seperti ikan dan telur ayam, tetapi harus diingatkan bahawa penyakit tersebut menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.
Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.
Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
#sumber -: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pemakanan-untuk-pesakit-gout-1.55521#sthash.OzZGqC9M.dpuf

Apakah Itu GOUT?

Apakah Sebabnya Seseorang Boleh Terkena GOUT?
Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini, berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah.
Tambahan pula, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
Cara Mencegah GOUT
“Tidak dinafikan, penyakit ini jika sekali terkena sukar untuk sembuh, tetapi kita boleh mencegah serangannya dengan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.
“Untuk itu, pesakit perlulah mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang, dan ketam kerana kandungan purinnya tinggi, serta tidak ketinggalan makanan berasaskan kacang, dan daging merah, seperti daging lembu.
“Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu, serta daging kambing juga perlu dielak kerana kesemua makanan ini mengandungi purin yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Disebabkan itu juga, setiap pesakit gout disarankan agar sentiasa mengamalkan diet mengikut panduan piramid makanan.
Katanya, minuman keras juga patut dielakkan kerana minuman tersebut boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.
Ulasnya, selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan berprotein tinggi secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.
Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan atau dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak kerana zat tersebut penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.
Cara Pemakanan Untuk Pesakit GOUT
Antara perkara penting dalam pemakanan untuk pesakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Daun pasli juga amat berkesan untuk merawat GOUT.
2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.
3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).
5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.
6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.
Begitu pun, Nurul Ain memberitahu, tidak semua makanan yang berprotein ada risiko gout, seperti ikan dan telur ayam, tetapi harus diingatkan bahawa penyakit tersebut menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.
Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.
Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
#sumber -: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pemakanan-untuk-pesakit-gout-1.55521#sthash.OzZGqC9M.dpuf
1 Comments
Boleh juga ikhtiar dengan makanan tinggi antioksidan.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.