Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Rasulullah Mendidik Anak Berumur 15 Hingga 21 Tahun

Cara Rasulullah Mendidik Anak Berumur 15 Hingga 21 Tahun - Anak ibarat kain putih dan orang tualah yang mencorakkannya hingga menjadi warna apa hasilnya nanti. Adakah warna yang kita corakkan itu mengikut acuan dan kehendak kita atau ia jauh terpesong daripada apa yang kita impikan. Tepuk dada tanya iman..betul tak? Dalam zaman serba mencabar dan menduga baik dari segi mental dan fizikal ini, kita tak boleh buat semuanya ikut selera kita. Yang boleh dijamin hasil sesuatu usaha itu tentulah bersandarkan keimanan kita. Kuat iman, insyaa Allah jalan yang dilalui penuh kemanisan pada akhirnya.

Dalam artikel kali ini saya nak berkongsi sedikit tips buat ibubapa iaitu cara Rasulullah mendidik anaknya yang berada di dalam alam remaja dan awal dewasa. Iaitu anggaran umur mereka pada 15 hingga 21 tahun. Pada fikiran saya, peringkat umur beginilah anak-anak sukar dikawal, suka memberontak dan mudah terpengaruh.


Cara Rasulullah Mendidik Anak Berumur 15 Hingga 21 Tahun


Mengikut tahap ke 3 (rujuk gambar bawah) cara Rasulullah (sunnah) mendidik anak. Pada ketika anak-anak berumur 15 hingga 21 tahun, anak-anak suka memberontak. Pada peringkat ini ibubapa hendaklah bertukar-tukar pendapat dan terima pendapat anak dengan hati terbuka. Biasakan berbincang hati ke hati dengan anak-anak pada peringkat ini. Apa yang penting, kawal selia tingkah anak-anak agar ia masih berada di atas landasan syariat yang betul. 



Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga. 

Mendidik anak bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai muslim yang mengakui beriman hanya kepada Allah, kita sebagai ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab memandu hidup mereka dengan baik di dunia, tetapi hingga ke akhirat yang kekal.

Oleh sebab itu, di dalam Al-Quran pula Allah kisahkan nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya. Salah satunya berbunyi,


ÙŠَا بُÙ†َÙŠَّ Ù„َا تُØ´ْرِÙƒْ بِاللَّÙ‡ِ Ø¥ِÙ†َّ الشِّرْÙƒَ Ù„َظُÙ„ْÙ…ٌ عَظِيمٌ

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.(Luqman: 13)

Semoga artikel di atas dapat memberikan mafaat kepada ibu bapa di luar sana yang sedang menghadapi dilema membesarkan anak remaja yang berumur antara 15 hingga 21 tahun.

#sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close