Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah | Semua orang pernah buat salah dengan Allah. Sebagai insan yang lemah, kita layak digelar pendosa samada perbuatan yang dilakukan itu sengaja atau tidak, disedari atau sebaliknya. Seorang pendosa yang insaf, akan berlumba-lumba memohon keampunan Allah sepanjang masa apabila dia teringat. Alangkah banyak dosa yang kita lakukan tetapi tanpa segan kita masih meminta macam-macam kepada Allah.
Lemahnya hati seorang hamba. Hari ini bertaubat, esok lusa buat lagi, dengan alasan Allah Maha Pengampun. Ya, memang betul Allah Maha Penyayang..tetapi, sebagai hambaNya yang bertaqwa, kita tentu rasa malu melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama berulang kali. Contohnya berbuat maksiat. Tidak ada sedetikpun rasa malu kepada Allah bila kita mengulang dosa tersebut? Jom sama-sama kita fikirkan. Peringatan untuk diri ini juga...
Bacaan doa dalam rumi:
Rabbighfirli watub 'alaiyya,
Innaka ant tattawwaa burrahiim
Diriwayatkan daripada Ibn Umar, katanya:
Semoga segala perkongsian dalam blog kecil ini dapat memberikan inspirasi dan manfaat yang luas kepada pembaca di luar sana.
Yang baik datangnya dari Allah jua...
#sebarkan bahagia

Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbighfirli watub 'alaiyya,
Innaka ant tattawwaa burrahiim
Diriwayatkan daripada Ibn Umar, katanya:
Kami membilang untuk Rasulullah SAW dalam satu majlis sebanyak 100 kali: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang. (Sunan Abu Daud)Jadi boleh diamalkan sebanyak 100 kali doa ringkas mohon keampunan Allah, dibaca selepas solat. Namun jika mampu 33 kali, bacalah juga...yang penting berterusan ya..
Semoga segala perkongsian dalam blog kecil ini dapat memberikan inspirasi dan manfaat yang luas kepada pembaca di luar sana.
Yang baik datangnya dari Allah jua...
#sebarkan bahagia
2 Comments
Terima kasih, kita memang disarankan berdoa kerana doa adalah senjata mukmin :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.., sama-sama ;)
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.