Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kata Kata Motivasi Di Pagi Hari

Kata Kata Motivasi Di Pagi Hari | Selamat pagi dunia. Selamat pagi duhai sahabat maya. Terima kasih Allah kerana mengizinkan diri ini bernafas untuk sehari lagi. Syukurlah jika kita masih bernafas, melihat, mendengar dan bernyawa di bumi yang aman. Matahari yang bersinar. Angin yang sepoi-sepoi. Sesekali boleh melihat indahnya pelangi pagi.

Motivasi pagi hari amat penting buat kita semua. Mulakan langkah dengan senyuman manis, luaskan fikiran dan berdoa yang baik-baik kepada ALLAH. Semoga Malaikat megaminkan doa-doa dan permohonan kita itu.

Kata-Kata Motivasi Di Pagi Hari

Pagi telah datang lagi.
Berhentilah bermimpi.

Kata Kata Motivasi Di Pagi Hari


1. Selamat pagi hati. Jadilah dirimu sendiri. Seseorang yang sesuai dengan kata hati. Bukan seseorang yang ingin dilihat oleh dia yang kamu cintai.

2. Sambut senyuman mentari pagi dengan hati gembira yang penuh dengan keceriaan. Iringi dengan semangat menggapai cita-cita. Selamat berkerja dan semoga hari ini menyenangkan.

3. Selamat pagi. Harapan itu akan selalu ada bagi mereka yang sentiasa berdoa, dan selalu ada jalan bagi mereka yang tidak pernah berputus asa. Dan, ketenangan akan ada bersama mereka yang selalu redha dengan apa yang telah di atur dan dikehendakiNya.

4. Pagi ini aku ingin bersederhana terhadap kehidupan sehingga ringan hatiku dan lapang nafasku.

5. Selamat pagi cinta, selamat pagi sayang...genggamlah matahari pagi untuk kekuatan cinta dan anugerah di hari ini.

6. Kasih TUHAN bagi kita adalah motivasi kita buat hidup bagiNya.

7. Selamat pagi Allah. Ya Allah bimbinglah pandang mataku hanya melihat hal-hal bermanfaat. Jangan jadikan mata ini pintu syaitan untuk maksiat kepadaMu.

8. Jangan gusar pagi ini. Ketika ada sesuatu hal yang membuat kita jatuh, percayalah bahawa kita sedang diajarkan cara bagaimana untuk bangkit semula.

9. Pagi hari sama dengan sebuah kertas putih. Anda diberikan dua pilihan, apakah ingin menuliskan coretan tak bermakna atau membuat sebuah sejarah.

Sebuah kata yang indah di pagi yang tenang cukup menyemarakkan motivasi diri untuk terus melakar kebaikan buat sehari lagi. Penuhi niat hati untuk berbuat baik, berdoa panjang untuk semua yang kamu sayangi, maka sempurnalah pagimu hingga ke akhir malam.

Selamat pagi hari yang indah...dunia yang memberikan terbaik buatku, buat kamu juga...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close