Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

LPPSA Bagi Sektor Awam Mulai 1 Januari 2016

LPPSA Bagi Kakitangan Kerajaan Mulai 1 Januari 2016 - Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa bahagian pinjaman perumahan kerajaan telahpun dihentikan perkhidmatan tersebut dan digantikan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.

Menurut website LPPSA, KESISTIMEWAAN pinjaman perumahan kakitangan awam masih sama. Tiada yang berubah. Maknanya...kadar 4% masih digunakan. Cer tengok gambar di bawah...di jamin oleh kerajaan!
 


Baiklah. LPPSA dengan wajah baru. Anda masuk je website LPPSA, ada carta aliran proses pembiayaan perumahan tersebut akan dijalankan. Supaya anda mudah faham secara keseluruhannya proses di dalam LPPSA. Seperti gambar di bawah.



LPPSA Bagi Sektor Awam Mulai 1 Januari 2016


Selain itu, boleh juga tengok-tengok berapa kelayakan anda. Kelayakan pinjaman perumahan di bawah LPPSA masih sama dengan BPPKL dahulu. Contohnya, gaji hakiki anda RM8,500 sebulan, so anda layak dapat pinjaman perumahan RM600,000. Itu maksimum. Kalau gaji anda RM13,000, kelayakan maksimum pun RM600,000 sahaja. Heheh...



Tanggungjawab Peminjam


Peminjam hendaklah :-

1. Menyempurnakan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-syarat pinjaman serta mempastikan Borang yang telah disempurnakan itu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman di dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan Peminjam menyerahkan Borang tersebut yang lengkap kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan surat kelulusan pinjaman yang dikeluarkan itu, luput dengan sendirinya. Jika ini terjadi Pemohon hendaklah mengemukakan semula Borang Permohonan Pinjaman yang baru.

2. Menghadirkan diri di pejabat Pemegang Pertaruhannya untuk menyempurnakan urusan pindahmilik harta kepada Peminjam dan urusan gadai harta kepada Kerajaan. Segala bayaran yang terlibat dengan urusan tersebut termasuk kos guaman hendaklah ditanggung oleh Peminjam sendiri. Ini termasuk juga harta yang dijamin melalui Surat Ikatan Penyerahan hak dan Perjanjian Pinjaman dimana hakmilik tanah atau hakmilik strata didaftarkan dan dikeluarkan kemudian.

3. Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman dengan serta merta atas tiap-tiap pertukaran :-
i. Tempat Bertugas
ii. Pusat Pembayaran Gajinya.

iii. Alamat surat menyurat, jika telah bersara/meninggalkan perkhidmatan

4. Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat menyurat kepada Bahagian Pinjaman Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan.

5. Tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan menanggung kesusahan berat kerana berhutang.

6. Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah dimaklumkan dengan serta merta.


Soal Jawab Berkaitan Pinjaman Pertama (Kelayakan Permohonan Pinjaman)


1. Soalan:
Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam jika telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara rasmi?

Jawapan:

Tidak.

2. Soalan:
Apakah perbezaan diantara skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI ?

Jawapan:

i. Skim Pinjaman Perumahan SPPP adalah skim pinjaman secara konvensional.

ii. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).

3. Soalan:
Bolehkah saya membeli rumah kedai ?

Jawapan:

Boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai ciri-ciri kediaman seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air.

4. Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli petak rumah kediaman (pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu jika Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik tersebut.

Jawapan:

Boleh dipertimbangkan di bawah syarat pembelian harta sekunder.

5. Soalan:
Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.

Jawapan:

Boleh dipertimbangkan dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh 3 pihak iaitu tuan tanah,pembeli dan penjual/pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.


6. Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah yang sudah siap (Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.

Jawapan:

Boleh dipertimbangkan.


7. Soalan:
Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli tanah dan mendirikan rumah secara serentak.

Jawapan:

Tidak boleh dikemukakan serentak. Permohonan pinjaman beli tanah hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. Permohonan pinjaman bina rumah boleh dipohon setelah Arahan Potongan Gaji untuk pinjaman telah dikeluarkan.


8. Soalan:
Sekiranya tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan pengunaan tanah tersebut adalah tanah pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.

Jawapan:

Boleh dipertimbangkan dengan syarat nama suami isteri ada dalam hakmilik.


9. Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman bersama membeli tanah pertanian kurang 2 ekar?

Jawapan:

Tidak.


10. Soalan:
Saya telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan SPPP, Jenis IV. Bolehkan saya:

a) Membina rumah dengan menggunakan pembiayaan Islam (SPPI).

b) Membina rumah di atas tanah lain kepunyaan saya.

c) Isteri saya membuat pinjaman untuk membina rumah di atas tanah tersebut.

d) Memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi membeli harta baru.

Jawapan

a) Tidak.

b) Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyelesaikan hutang pinjaman membeli tanah di mana pinjaman tersebut dikira sebagai pinjaman harta kedua.

c) Boleh dipertimbangkan sekiranya nama isteri ada dalam hakmilik tersebut.

d) Boleh dipertimbangkan dengan syarat perlu menyelesaikan hutang pinjaman tanah yang terdahulu.

#sumber 

Sebarang Pertanyaan?


Jika anda masih ada sebarang pertanyaan, kemusyikilan dan sebagainya, boleh hubungi PUSAT PANGGILAN seperti nombor di bawah.


Senarai Borang Sokongan Permohonan Pinjaman 


1. Surat Iringan Ketua Jabatan. Contoh seperti di bawah.

2. Borang 1 : Borang Permohonan Laporan Penilaian 
3. Borang 2 : Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang
4. Borang 3 : Surat Akujanji Peguam (Pindaan Borang 3A, 3B, 3C dan 3D)
5. Borang 4 A : Surat Pengesahan Harta Bebas Gadaian
6. Borang 4 B : Surat Penolakan Tuntutan Kepentingan
7. Borang 5A : Akujanji Pemaju / Tuan Tanah Melepaskan Kepentingan Kepada Kerajaan
8. Borang 5B : Akujanji Pemaju / Tuan Tanah Melepaskan Kepentingan Kepada Kerajaan (Jenis V Assignment)
9. Borang 6 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi
10. Borang 7 : Persetujuan Menggadai Oleh Penama Bukan Peminjam
11. Borang 8 : Senarai Kerja-Kerja Tambahan Untuk Rumah Kos Rendah
12. Borang 9 : Senarai Kerja-Kerja Tambahan / Ubahsuai
13. Borang 10 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi (Indemnity) Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata / Individu Daripada Penjual Kedua
14. Pengesahan Bayaran Wang Beza 

Semoga perkongsian perkara berkaitan LPPSA di atas dapat memberikan anda sedikit info yang berguna dalam memenuhi impian pekerja sektor awam memiliki rumah hartanah sendiri.

#sebarkan info...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close