Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Minum Air Yang Banyak Dalam cuaca Panas

Minum Air Yang Banyak Dalam Cuaca Panas. Anggaran sehari kita diperlukan untuk minum air minima 8 cawan bagi diseimbangkan dengan aktiviti seharian kita yang normal. Maksudnya kita minum air sebanyak itu jika tidak ada melakukan aktiviti lasak, berjogging, bersukan dan lain-lain aktiviti di luar rumah.

Buat masa ini Malaysia sedang mengalami cuaca panas yang agak kering, yang dipanggil fenomena El Nino. Cuaca panas sebegini berlaku dalam 2 hingga 7 tahun sekali dan disebabkan oleh arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. So, kita yang berada di kawasan Asia Tenggara mengalami fenomena yang berbeza-beza dimana negara kita akan lebih panas dan kering.

Minum Air Yang Banyak Dalam cuaca Panas


Cuaca panas kena banyak minum air


Info di bawah diambil daripada website Jabatan Meteorologi Malaysia.
Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya.
El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Dalam keadaan cuaca panas ni, lebihkan minum air. Mungkin 3 hingga 4 liter sehari. Jika tidak badan akan kering, mungkin boleh diserang batuk dan kulit mengelupas jika kekurangan air dalam badan. Kurangkan aktiviti di luar rumah buat sementara waktu.

Semoga info di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Panas-panas macam ni minum air kelapa sedap kut...hihi

#sebarkan info

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close