Projek Puasa Sunat Isnin Dan Khamis | Puasa sunat Isnin & Khamis bagus dilakukan setiap masa bila mampu, dan tidaklah dipaksa kepada mereka yang dalam tidak bersedia kerana keadaan kerjanya yang berpanas terik, atau sedang mengembara dan sebagainya. Namun jika beliau mampu, lakukanlah dengan ikhlas.
Cara puasa isnin dan khamis adalah seperti puasa sunat pada umumnya dan yang perlu di ketahui adalah bahawa hari isnin adalah amalan tersendiri dan hari khamis adalah amalan tersendiri. Maksudnya, jika anda berpuasa hari isnin tetapi tertinggal puasa hari khamis, tidaklah menjadi kesalahan. Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: "(pahala) Amalan di angkat pada hari isnin dan khamis maka aku menyukai jika ketika amalanku di angkat aku dalam keadaan berpuasa." (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Mungkin anda ada pelbagai rancangan dan projek bagi tahun 2016 ini. Apa kata masukkan sekali projek puasa isnin & khamis untuk tahun 2016 ini. Mari kita susun atur jadual cantik-cantik, tambahkan amalan sunat untuk tahun 2016 dan masukkan jadual puasa sunat dalam kalendar anda. Semoga kita semua mampu menambah baik diri kita sebagai muslim yang cemerlang pada tahun 2016. Dengan izin Allah jua...
Banyak kebaikan melakukan puasa sunat Isnin & Khamis sebagaimana Rasulullah selalu mengamalkannya ketika hayat baginda. Puasa sunat Isnin & khamis adalah puasa yang digalakkan sebagai usaha kita menambah pahala dan amalan harian wajib yang lain.
Antara kebaikan puasa sunat Isnin & khamis adalah:
1. Mengawal nafsu
2. Badan lebih sihat
3. Melatih untuk puasa penuh di bulan Ramadhan
4. Diet yang teratur dan semulajadi
5. Menambah baik amalan-amalan wajib yang lain
6. Menahan sabar dan bersyukur
7. Memahami kehidupan insan lain yang serba kekurangan
Bagaimana agaknya kita nak istiqamah berpuasa Isnin & khamis? Ini yang agak susah, kan...bila tengok rakan-rakan di sekeliling makan dan minum. Jadi, sebagai permulaan ajak rakan terdekat kita sama-sama puasa sunat Isnin & khamis. Pelawa sekali ahli keluarga kita. Haa...tentu puasa sunat tersebut jadi kebiasaan.
Untuk diri sendiri, mungkin boleh buat satu jadual yang merekodkan aktiviti puasa Isnin & khamis tersebut. Bila dah jadi biasa...kita akan melakukannya dengan gembira. Betul tak?
Jom! Tambahkan amalan kebaikan kita dengan mula melakukannya dari sekarang.
#sebarkan bahagia.
Projek Puasa Sunat Isnin Dan Khamis

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.