Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sakit Adalah Ujian Menguatkan Iman Kita

Sakit Adalah Ujian Menguatkan Iman Kita. Ketika kesakitan datang melanda, usah mengeluh dan putus asa. Ujian hadir mengikut kemampuan. Allah SWT tidak akan sengaja menurunkan ujian kesakitan jika kita tidak mampu. Ketika diuji dengan sakit, berfikir secara tenang, terima dengan redha. Setiap ujian Allah ada hikmah yang tersembunyi. Yakinlah dengan aturan yang Allah rencanakan buat kita.

Sepanjang tahun 2015 saya dianugerahkan kesihatan yang amat baik, cuma sedikit dan sesekali diserang sakit kepala. Namun menjelang tahun baru 2016 ini, saya diuji sakit. Hingga tak boleh bangun. Tetapi saya yakin sepenuh hati, Allah turunkan sakit ke atas saya agar lebih mengerti kesakitan orang lain. Allah turunkan ujian ini untuk menguatkan iman kita. Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati

Ketika kita sakit, Allah mengutus Malaikat-malaikatNya memerhatikan kita 24 jam tanpa henti. Adakah kita tabah? Apakah hamba itu redha? Mungkinkah hambaNya berputus asa? Semua itu akan dicatat oleh Malaikat untuk ditambah catatan amalnya atau sebaliknya. Bersangka baik dengan Allah ketika kita diuji. Itulah sebaik-baik jalan menguatkan iman kita.

Sakit Adalah Ujian Menguatkan Iman Kita


Sakit Adalah Ujian Menguatkan Iman Kita


Ketika kita sakit nikmat-nikmat dunia ditarik daripada kita, iaitu:

  • Allah tarik keceriaan wajah kita
  • Allah tarik selera makan kita
  • Allah tarik dosa kita. 

Namun setelah sembuh, Allah memberikan semula nikmat-nikmat tersebut. Tetapi dosa kita semasa sakit tidak dikembalikan semula. Betapa pengasihnya Allah Azzawajalla. Sebab itu kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.

Sakit Adalah Ujian Menguatkan Iman Kita

Ujian yang diutuskan oleh Allah SWT selalunya mengandungi hikmah. Bersama-samanya Allah sertakan hadiah. Hanya hambaNya yang bertaqwa sahaja yang akan beruntung.

Ujian datang untuk menguatkan iman kita. Semakin tabah dan redha seseorang itu, semakin meningkat darjatnya di sisi Allah SWT.

Ketahuilah bahawa'
Sabar itu lebih cantik. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close