Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Dan Tips Demam Denggi

Aynorablogs.com - Tanda-Tanda Anda Di Serang Denggi. Kebelakangan ini banyak betul kes denggi yang dilaporkan di akhbar tempatan dan ada segelintir yang maut kerana penyakit bawaan nyamuk tersebut. Ramai yang masih belum sedar akan bahayanya penyakit denggi ni, sedangkan ia telah banyak didedahkan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai kempen perangi denggi. Kenapa agaknya ye? Apakah mentaliti rakyat negara ini sudah dihinggapi sindrom, 'bila dah terhantuk baru nak terngadah - bila dah kena baru nak menyesal.'

Demam denggi (dengue fever) berkait rapat dengan virus DEN-1,DEN-2,DEN-3 DAN DEN-4. Virus denggi merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti virus denggi. Simptom demam denggi seperti penyakit selesema yang teruk, demam, ruam, sakit-sakit badan dan sakit kepala. Denggi boleh dihidapi oleh bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. Demam denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjat Denggi (Dengue Shock Syndromes) merupakan bentuk denggi yang paling berbahaya.

Tanda-tanda & tips demam denggi

Tanda-Tanda & Tips Demam Denggi


Sebagai panduan, saya senaraikan tanda-tanda awal jika anda diserang denggi:

1. Demam panas yang mendadak

2. Demam kuat hingga merengek

3. Berlarutan selama 3 hari

Secara ringkasnya, simptom-simptom utama denggi adalah:

  • demam panas
  • sakit kepala yang teruk
  • sakit belakang
  • sakit sendi
  • rasa loya dan muntah
  • sakit mata dan ruam.
  • **bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan orang dewasa. 


Bagaimana denggi berjangkit?


Demam denggi terjadi apabila nyamuk Aedes betina yang terjangkit menggigit anda.

Nyamuk aedes betina terjangkit semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Seekor nyamuk aedes betina memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti.

Denggi tidak merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain.

Sepanjang kitaran hidupnya. Kitaran hidup virus denggi itu di dalam darah manusia yang telah dijangkitinya ialah selama 3-14 hari atau purata 4 hingga 6 hari. Anda mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus.

Tips Rawatan Semasa Demam Denggi

Minum air yang banyak

Seeloknya minum air masak dengan banyak, namun jika anda tidak boleh telan air masak semata-mata, bolehlah minum 100 plus, ambil lebih kurang 3- 4 botol, atau lebih.

Sup ketam
Pengambilan sup ketam juga dipercayai boleh mengurangkan demam denggi. Boleh juga ditumis dengan minyak ataupun sekadar direbus sahaja.

Air Pink Guava
Air jambu batu merah, rasanya yang ini boleh membantu meningkatkan bacaan darah bagi pesakit denggi. 

Semoga sedikit perkongsian tentang tanda & tips demam denggi di atas dapat meningkatkan kesedaran kita tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.

#sebarkan info..hidup sihat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close