Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Hormon Estrogen Wanita Semakin Menurun

Estrogen adalah hormon yang memberikan karakter “perempuan” pada wanita. Hormon ini sangat penting bagi wanita, kerana ia digunakan tubuh untuk ovulasi dan untuk mengatur sistem reproduksi. Biasanya keadaan hormon yang merosot ini berlaku kepada wanita yang mula menepouse atau yang telah menepous. Namun ada kemungkinan juga terjadi kepada wanita yang berusia lebih muda. Jika anda adalah seorang wanita yang memiliki tingkat estrogen yang rendah, anda mungkin akan mengalami berbagai tanda dan gejala. Gejalanya mungkin ada yang ringan dan ada pula yang agak berat, bergantung pada berapa rendah menurunnya tingkat estrogen anda.

Tanda-Tanda Hormon Semakin Menurun Pada Wanita


Tanda-Tanda Hormon Estrogen Wanita Semakin Menurun


Antara tanda-tanda hormon Estrogen wanita merosot atau menurun adalah seperti berikut:

1. Tidur tidak mencukupi
2. Haid tidak teratur
3. Selalu rasa panas
4. Kurang daya seksualiti
5. Mood merosot atau murung
6. Tahap kesuburan merosot
7. Kolesterol tinggi

Tanda-tanda hormon menurun yang disebutkan di atas biasanya menyerang wanita berusia sekitar 40-an ke atas. Ketika anda diserang hormon estrogen yang merosot itu, anda mudah rasa marah. Selalu panas tak mengira masa walaupun waktu itu hujan lebat. Aircond maksima pun tidak mencukupi. Selalu berkipas. Jika anda ada rasa seperti itu, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor dan dapatkan ubat yang sesuai untuk mengawal keadaan anda.

Jika tidak mungkin anda semakin stress, murung dan boleh diserang sakit jantung atau tekanan darah tinggi.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close