Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tinggalkanlah Dia Walau Terluka

Tinggalkanlah dia jika itu keputusan terbaik! Dia mungkin yang paling kamu suka, dia mungkin yang paling disayangi. Tetapi setiap halangan adalah satu isyarat bahawa dia bukan untukmu. Masih ada jalan lain untuk bahagia. Ada jalan lain menuju damai. Sudah maklum hidup ini banyak simpangnya tetapi mengapa harus derita yang dipilih?

Jika bersama dia hanya hadiahkan sepi. Ketika bersama dia hanya sering terlewat. Ketika ada, dia tak pernah sedar kehadiranmu. Untuk apa ditunggu lagi?


Tinggalkanlah Dia Walau Terluka


Dia yang kau tinggalkan. Lihatlah, dia tidak bersedih. Dia langsung tidak menoleh. Langkahnya tidak longlai sepertimu. Mengapa kamu masih menunggu?

Tinggalkanlah Dia Walau Terluka

Lihatlah dia...masih tega update status FBnya. Kerap berpoya-poya di Twitter. Bergelak ketawa dalam IGnya. Tak lekang berborak di group Whatsappnya..

Itukah dia yang kau tunggu? Diakah yang ingin kau jadikan imammu? Dimana nanti waktu kamu menunggu hingga lena pada sejadah waktu...bila dia tiada di situ?

Mungkin dia paling kau sayang tetapi Allah takdirkan dia bukan untukmu. Dan, ada seseorang di luar sana yang kau pandang sepi tetapi mungkin dia lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Yang nyata lagi tersembunyi. Yang baik sekarang mungkin paling buruk di kemudiannya, hanya rencana Allah paling tepat. Tinggalkanlah dia walau kamu terluka!

Ingatkah al Quran ada memberitahu,

Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Begitulah tulisan diri ini, buat kamu yang sedang memilih. Untuk dia atau untuk dirimu sendiri. Bahagiakanlah dirimu kerana itu pilihan yang benar.

Biarkan dia memilih kamu kerana benarnya tali keyakinan yang sedang kamu peluk erat itu. Bukannya kerana lirikan pesona yang meleka jiwa.

Kerana kamu adalah kamu, jangan menjadi dia hanya untuk takut ditinggalkan.

Biarkan kamu meninggalkannya tetapi Allah tetap bersama kamu. Itu jalan yang terpilih.

#sebarkan bahagia kerana bahagia milik semua

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close