Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Wanita Tersohor Lubna Dari Cordoba

Lubna asalnya seorang hamba dari Sepanyol, dimana akhirnya menjadi seorang tokoh istana terpenting pada zaman Umayyah di Cordoba. Beliau ialah setiausaha istana kepada khalifah ‘Abd al-Rahman III  dan anaknya al-Hakam b. ‘Abd al-Rahman.

Beliau juga seorang ahli matematik yang mahir dan pengerusi perpustakaan diraja, yang mengandungi lebih daripada 500,000 buku. Menurut sarjana Andalusia tersohor, Ibnu Bashkuwāl: “Beliau cemerlang dalam penulisan, tatabahasa, dan puisi."

Pengetahuannya tentang matematik juga amat luas dan beliau mahir dalam ilmu-ilmu lain. Tiada yang lebih mulia di istana Umayyah tersebut daripada dia.” [Ibnu Bashkuwal, Kitab al-Silla (Kaherah, 2008), Jil. 2: 324].


Wanita Tersohor Lubna Dari Cordoba


Berbalik kepada kisah Lubna, dipetik daripada {budaya.rimanews.com}; Imperium Bani Umaiyah di Andalusia atau kini Spanyol meninggalkan warisan peradaban yang seolah tak pernah habis diulas. Tidak hanya warisan sains dan kemegahan arsitektur, Andalusia juga mewariskan tradisi keilmuan yang melangkaui jantina pada ketika Eropah masih berkisar penuh persoalan apakah wanita tersohor itu titipan iblis atau sebaliknya.

Wanita Tersohor Lubna Dari Cordoba

Salah seorang wanita yang lahir dari sebuah ketinggian peradaban tersebut adalah Lubna dari Cordoba. Lubna (w. 984) adalah puteri asal Spanyol yang membesar di kawasan istana khalifah Abdurrahman II (memerintah pada 912–961). Kononnya dia lahir sebagai budak suruhan lalu khalifah membebaskannya kerana melihat bakatnya yang istimewa.

Kerjaya Lubna melonjak dengan cepat. Di usia yang masih muda, dia menjadi salah satu orang paling penting di istana Andalusia. Lubna bekerja di jabatan setiausaha dan pembantu Khalifah.

Di samping itu, dia juga mendapat tugas an sebagai pustakawan kehalifahan dengan koleksi lebih dari 500,000 buku. Selama berabad-abad, perpustakaan yang dipimpin Lubna ini adalah yang terbesar di Eropa, hanya mampu dikalahkan oleh perpustakaan di Baghdad.

Sejarahawan Andalusia, Ibnu Bashkuwal berkata, “Dia ahli di bidang tulis-menulis, tatabahasa dan puisi. Keahlian di bidang matematik dan sains juga luar biasa. Ketika itu tak ada seorang pun lebih mulia dibanding dirinya.” [Ibn Bashkuwal, Kitab al-Silla (Cairo, 2008), Vol. 2: 324].

Sebagai pembantu khalifah, dia tidak hanya menjadi penerjemah dan penulis dokumen rasmi negara, tetapi Lubna juga menjadi orang yang pandangannya terhadap sebuah buku paling dinanti oleh para ilmuwan.

Pengganti Abdurrahman, al-Hakam II (memerintah pada 961–976), tetap mempertahankan jabatan Lubna. Kecintaan al-Hakam II terhadap ilmu dan budaya lebih hebat dari ayahnya. Tak hairanlah jika Lubna semakin bersemangat mengembangkan bakat keilmuannya.

Di perpustakaan Cordoba, Lubna menghabiskan waktu untuk menulis dan menerjemahkan sejumlah naskah, di samping membuat naskah drama.

Bersama Hasdai bin Shaprut, Lubna menjadi penggalak pembangunan perpustakaan yang sangat terkenal ketika itu, Madinah az-Zahra (bererti ‘kota kembang’).

Berdasarkan sejumlah riwayat dari sejarahwan Arab, pada masa al-Hakam II tersebut, ada lebih dari 170 perempuan terpelajar yang bertanggung jawab untuk menyalin naskah-naskah penting. Ini sekaligus membuktikan bagaimana perlakuan peradaban Islam terhadap perempuan yang sama tinggi dengan lelaki dimana di kala Eropa masih menganggap potensi perempuan tak lebih dari sekadar tukang sihir.

Kisah wanita tersohor Lubna di Cordoba tadi ditulis dan dikongsikan kepada anda semua agar menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk hidup lebih kuat & tabah dalam kelompok kaum adam yang kdangkala pesimis terhadap golongan wanita.

#wanita sumber inspirasi

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close