Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

6 Resepi Mudah Diet Atkins Yang Senang Dicuba

Aynorablogs.Com - Aneka Resepi Mudah Diet Atkins adalah kompilasi resepi dari internet, Facebook, majalah resepi dan banyak lagi yang saya kongsikan pula dalam blog ini. Selain daripada sebagai input tambahan kepada koleksi resepi sedia ada, ianya juga berguna untuk mereka yang sedang mengamalkan diet sihat rendah karbohidrat iaitu diet Atkins. 

Sedikit info tentang diet Atkins, 
Diet Atkins adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. 
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Sebelum ini saya ada post tentang:
  1. Diet Atkins Permulaan,
  2. Jadual Diet Atkins,
  3. Panduan Diet Atkins Peringkat Permulaan
  4. Diet Atkins Pada Hari Raya
Dan banyak lagi....


Aneka Resepi Mudah Diet Atkins


Semua resepi yang disertakan di bawah mudah-mudah belaka. Kadang-kadang yang ringkas itu lebih sedap dan yang penting menyihatkan, kan? So, jika anda rasa resepi-resepi yang dikongsikan di bawah ini bermanfaat, maka bolehlah share dan sebarkan kepada siapa yang perlukan ekk...hihih..


1. Sup Ayam Mudah



Bahan-bahan:

Isi ayam (ikut suka)
1 sudu bawang holland (warna hijau tu..)
1 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
500ml air
daun sup
sedikit garam
Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang
2. Masukkan lada hitam
3. Masukkan isi ayam
4. Masukkan air dan perisakan dengan garam
5. Biarkan mendidih dan masukkan daun sup
6. Siap untuk dimakan

2. Roti Jala Telur


Bahan-bahan:

2 biji telur
2 sudu santan kara
garam secukup rasa
baking powder *pilihan

Cara membuatnya:

1. Pukul telur dengan semua bahan
2. Guna acuan roti telur untuk menjala telur
3. Lipat dan gulung telur yang sudah masak
4. Siap dihidang, boleh dimakan dengan kari Atkins, jika suka

3. Bayam Tumis Udang 


Bahan-bahan:

2 cawan bayam
1/2 keping tahu
1 ulas bawang putih
5 ekor udang
garam dan sos ikan

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang dengan udang
2. Masukkan tauhu
3. Masukkan udang
4. Masukkan sedikit air, perisakan dengan garam dan 1 sudu sos ikan
5. Siap untuk dimakan

4. Sup Ikan Merah


Bahan-bahan:

Isi ikan merah
1 ulas bawang putih
1 sudu daun sup
1 sudu daun bawang
1 sudu lada hitam
Garam kasar
1 hiris nipis halia
Daun sawi *pilihan
Sup Ikan Merah Sesuai untuk diet Atkins

Cara-cara menyediakannya:

1. Rebus isi ikan merah
2. Masukkan bawang putih dan halia
3. Perisakan dengan garam
4. Masukkan daun sup dan daun bawang
5. Masukkan lada hitam
6. Masukkan daun sawi
7. Sedia untuk dihidang

5. Kobis Goreng Kunyit


Bahan-bahan:

1 cawan kobis
1/2 cawan isi ayam
1 ulas bawang putih
1 sudu bawang holland
hiriskan lobak
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa

gambar - kobis goreng kunyit : ehsan google

Cara-cara memasak:

1. Ketuk bawang putih
2. Tumis bawang putih, bawang holland, dan isi ayam
3. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kunyit
4. Masukkan hirisan lobak dan kobis yang dicincang
5. Sedia untuk dihidangkan

6. Sup Ketam Atkins 


Bahan-bahan:

Ketam (0 carb)
Perasa-perasa (1.0g carb)
Bawang besar & bwg putih 1 sudu besar (1.0g carb)
Tomato 2 potong (1.0g carb)
Cili padi 2 batang
Perencah sup 1 sudu kecil (1.0g carb)
daun sup
Garam & lada hitam serbuk
Halia

** boleh tambah sayur seperti sawi atau kobis jika mahu...

Cara-cara menyediakannya:

1. Rebus ketam
2. Tumis bahan tumis (seperti bawang, halia, cili , perencah sup) dalam satu bekas lain & campurkan semuanya dalam ketam yang sedang direbus tadi. 
3. Tambahkan bahan-bahan lain (tomato & cili) dan biar masak. 
4. Masukkan daun sup
5. Siap untuk dihidangkan.

Saya berharap kompilasi resepi diet atkins yang mudah di atas boleh memberikan kemudahan anda di luar sana untuk menyediakan menu makanan yang sesuai dan rendah karbohidrat setiap hari. Anda juga boleh rujuk FB IamZack untuk koleksi lebih daripada 20 resepi diet atkins.

#selamat mencuba, diet Atkins untuk sihat

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close