Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Ghaffar

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Ghaffar- Al Ghaffar bermaksud Maha Pemberi Ampun.  Dialah yang Maha Pemberi ampun kepada hambaNya yang mahu bertaubat dengan bersungguh-sungguh walaupun dosanya telah menggunung. Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Ghaffar


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Ghaffaaru =  100 Kali


Ertinya : Dialah Yang Maha Pemberi Ampun.

Sambil beriktikaf di masjid (diam di masjid dalam keadaan suci), bacalah Ya Ghaffaaru sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat Jumaat, insyaa Allah Tuhan akan mengampuni dosa kita.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. alhamduillah..terima kasih ya berkongsi...jom kita sama sama amalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PC, amalan doa yg patut diamalkan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close