Aynorablogs.com - Sebagai seorang blogger part time, saya menghadapi masalah menghasilkan entri baru pada tepat masa atau pada waktu puncak. Adakala kekangan kerja di pejabat menyebabkan saya langsung tiada masa update blog. Sesekali bila sempat, sewaktu rehat saya akan post artikel yang telah didraf sebelum itu.
Ya! Saya mengamalkan buat draf entry terlebih dahulu supaya artikel yang bakal diterbitkan di blog lebih berkualiti. Bukankah kandungan blog yang berkualiti itu senjata penting kejayaan sesebuah blog? Betul tak? Bila dah buat draf dan nak terbitkan, saya menghadapi masalah menentukan waktu sesuai sesuatu artikel itu diterbitkan.
Jadi, saya lakukan sedikit analisis mengikut trend pembaca yang sedang online di blog.
Ya! Saya mengamalkan buat draf entry terlebih dahulu supaya artikel yang bakal diterbitkan di blog lebih berkualiti. Bukankah kandungan blog yang berkualiti itu senjata penting kejayaan sesebuah blog? Betul tak? Bila dah buat draf dan nak terbitkan, saya menghadapi masalah menentukan waktu sesuai sesuatu artikel itu diterbitkan.
Jadi, saya lakukan sedikit analisis mengikut trend pembaca yang sedang online di blog.
Masa Sesuai Terbitkan Entri Baru Di Blog
Baiklah.
Ada banyak cara untuk mengetahui masa sesuai terbitkan artikel anda di blog. Jika ikut pengalaman sendiri, saya gunakan analisis pembaca sedang online daripada http://whos.amung.us/ (seperti print screen di bawah) untuk tengok masa yang sesuai.
Daripada gambar di atas, pembaca yang online di blog adalah pada waktu pagi, tengahari dan petang. Contohnya:
1) Pukul 10:00 hingga 11:00 pagi
2) Pukul 12:00 tengahari hingga 1:00 petang
3) Pukul 3:30 petang hingga 4:30 petang
4) Pukul 10:00 malam hingga 11:00 malam.
Jika saya nak terbitkan 4 artikel sehari di aynorablogs.com, saya harus mengikut analisis pembaca yang sedang online di blog seperti gambarajah di atas. Tetapi, trend setiap blog adalah berbeza-beza. Ia biasanya mengikut niche blog seseorang.
Contohnya jika blog anda adalah blog yang buat cerita drama melayu terkini, maka kemungkinan pembaca blog yang sedang online lebih ramai pada waktu petang menjelang maghrib, atau pada pukul 10:00 malam ke atas.
Namun begitu, mengikut bacaan saya ada kelebihan dan kekurangannya jika anda post artikel pada waktu siang ataupun malam. Terpulang kepada anda untuk menentukan masa yang sesuai untuk terbitkan artikel anda.
Sesuatu artikel yang bagus tetap akan menjadi pilihan bacaan pengunjung blog asalkan anda berjaya memilih waktu yang tepat di samping membuat promosi tentang artikel tersebut di kebanyakan media sosial seperti FB, Twitter, Google Plus dan sebagainya.
#selamat membaca - sebarkan info.
4 Comments
terima kasih tips ni..kadang PC pun terbitkan entri ikut keempatan..lazimnya memang draf awal..kemudian edit sebelum terbitkan...
ReplyDeleteSama2 PC..slmt pagi;)
Deleteoh...bagus tips ni. Saya selalu publish entri ikut suka je. Kena belajar tgk trend pembaca kan
ReplyDeleteYa Kimmie, jika tidak entri kita susah nak ranking kat Google..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.