Sesuatu Untuk Di Renungkan. Ada sesuatu yang mahu dikongsi. Kerana dalam hidup ini kita tak boleh menyimpan selamanya kebaikan atau kejahatan walhal segalanya boleh terbongkar sekelip mata. Jika itu sudah kehendakNya.
Ada sesuatu untuk direnungkan. Sesuatu yang mungkin kita terlupa selama ini, kerana sibuk mengejar kebahagiaan dunia yang sementara. Sesuatu yang kita tak buat kerana alpa. Muhasabahlah...
Mari kita renung-renungkan, sebuah pesanan muhasabah diri, pandang balik dalam diri apa yang telah lama kita tinggalkan.
Ramai manusia yang resah gelisah apabila hilang hartanya, tetapi tidak resah gelisah hilang ALLAH dari hatinya...
Ramai manusia kecewa apabila manusia tidak menghormati dan hilang kepercayaan padanya, tetapi tidak kecewa dengan kemurkaan ALLAH terhadapnya...
Ramai manusia yg tidak selesa ketika lapar dan dahaga tetapi sedikit pun tidak terasa rungsing dengan maksiat di dalam dada dan kurangnya memberi makanan kepada rohaninya.....
Ramai manusia yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk kebendaan dunia yang bakal ditinggalkannya serta merasa sedikitnya jumlah wang beribu-ribu, tetapi untuk membelanjakan sejumlah wang untuk akhirat begitu berat walaupun hanya beringgit-ringgit sahaja sedangkan ianya kekal hingga ke syurga...
Begitulah.
Muhasabahlah diri. Renungkan dalam diri, ke dalam hati. Di mana kita hari ini? Mungkinkah kita dalam golongan yang gelisah kerana hilangnya harta dunia atau kita menjadi hambaNya yang Taqwa, takut terhadap dosa-dosa lalu yang tidak dimaafkan?
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.
#kepada Allah kita berserah.
Ada sesuatu untuk direnungkan. Sesuatu yang mungkin kita terlupa selama ini, kerana sibuk mengejar kebahagiaan dunia yang sementara. Sesuatu yang kita tak buat kerana alpa. Muhasabahlah...
Muhasabah diri - ehsan Google |
Muhasabah Diri Sesuatu Untuk Di Renungkan
Ramai manusia yang resah gelisah apabila hilang hartanya, tetapi tidak resah gelisah hilang ALLAH dari hatinya...
Ramai manusia kecewa apabila manusia tidak menghormati dan hilang kepercayaan padanya, tetapi tidak kecewa dengan kemurkaan ALLAH terhadapnya...
Ramai manusia yg tidak selesa ketika lapar dan dahaga tetapi sedikit pun tidak terasa rungsing dengan maksiat di dalam dada dan kurangnya memberi makanan kepada rohaninya.....
Ramai manusia yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk kebendaan dunia yang bakal ditinggalkannya serta merasa sedikitnya jumlah wang beribu-ribu, tetapi untuk membelanjakan sejumlah wang untuk akhirat begitu berat walaupun hanya beringgit-ringgit sahaja sedangkan ianya kekal hingga ke syurga...
Begitulah.
Muhasabahlah diri. Renungkan dalam diri, ke dalam hati. Di mana kita hari ini? Mungkinkah kita dalam golongan yang gelisah kerana hilangnya harta dunia atau kita menjadi hambaNya yang Taqwa, takut terhadap dosa-dosa lalu yang tidak dimaafkan?
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.
#kepada Allah kita berserah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.