Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Serai Yang Segar

Nasi goreng serai yang nak saya kongsikan ni mudah saja caranya. Sama seperti nasi goreng biasa yang lain cara membuatnya dan juga bahan-bahannya, cuma ada tambahkan serai dalam bahan utama tersebut. Ada sesetengah orang buat, serai tu sekadar diracik halus tetapi saya buat nasi goreng serai dengan kisar semua bahan termasuk serai. Dengan cara ini nasi goreng serai kita jadi lebih segar, baunya wangi dan lazat.

Resepi Nasi Goreng Serai Yang Segar

Apa khasiat serai? Ada terbaca kat satu blog kesihatan ni tentang khasiat serai. Kalau anda nak tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. So...sesuai sangat lah resepi nasi goreng serai yang saya kongsikan di bawah nanti. Bagus untuk kesihatan..heheh..

Resepi Nasi Goreng Serai Yang Segar  


Resepi Nasi Goreng Serai Yang Segar

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
1 mangkuk kecil isi ayam
2 batang serai - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang kecil - dikisar
sedikit ikan bilis - dikisar
sedikit sayur sawi
1 biji telur
garam dan bahan perasa

#Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi ikut kesukaan 

Cara Menyediakan Nasi Goreng Serai Yang Segar


1. Panaskan minyak dalam kuali

2. Tumis bahan yang di kisar seperti serai, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi sehingga keperangan sikit dan naik baunya. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan masak seketika.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa, jika suka. 

4. Pecahkan telur ayam dan gaul sehingga masak.

5. Masukkan sawi sekadar layu sedikit. 

6. Nasi goreng serai siap untuk dihidangkan.

#Untuk hidangan, boleh dipotongkan dengan cili merah sebagai hiasan.

Selamat mencuba resepi nasi goreng serai yang segar rasanya seperti di atas. Jika anda tak pernah buat nasi goreng serai ni, apa salahnya cuba sesekali. Rasanya segar, wangi sedikit tetapi tidaklah sampai terlalu kuat. Memang sedapp!

#sebarkan resepi...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Basically nutritional supplements can be a combination of things that happen to be employed for enhancing
    male heightened sexual performance from centuries.
    The best approach in your penile size problem is to just accept the facts
    and discover a solution. Most doctors prescribe antidepressants to stop early ejaculation as some drugs possess a side-effect - delayed orgasm.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close