Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebab-Sebab Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Sebab-Sebab Bayi Meninggal Dalam Perut atau kandungan - Ada banyak kes yang berlaku dimana bayi yang dikandung hampir sembilan bulan, akhirnya tidak dapat diselamatkan. Bayi yang dikandung meninggal dalam perut sebelum sempat melihat dunia ini.

Dalam artikel ini saya cuba menyingkap sebab-sebab bayi boleh meninggal dalam kandungan. Semoga artikel yang diambil dari blog ini boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa muda di luar sana yang baru pertama kali mengalami hal yang sedemikian.

Sebab-Sebab Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Sebab-Sebab Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Bagi sesiapa yang pernah mengalami keadaan di mana bayi meninggal ketika dalam kandungan, ia pasti menyedihkan. Namun takdir tersebut telah tertulis, kena kena redha. Dalam masa yang sama, cuba cari info mengapa keadaan tersebut berlaku. Jom baca perkongsian seterusnya di bawah.


1. Masalah Genetik Janin


Masalah genetik pada janin merupakan penyebab pertama mengapa janin boleh meninggal di dalam kandungan. Banyak ibu hamil yang tidak menyedari bahawa janin mengalami kelainan genetik sehingga membahayakan kondisi janin itu sendiri. Jika tidak meninggal di dalam kandungan kelainan genetik menjadi penyebab janin cacat sejak dalam kandungan. Selain kelainan genetik yang boleh menyebabkan janin meninggal di dalam kandungan adalah kelainan kromosom pada janin. Kelainan kromosom selain menyebabkan janin meninggal di dalam kandungan juga boleh menyebabkan janin akan terkena down syndrome setelah dilahirkan.

2. Bentuk Rahim Tidak Normal

Kebanyakan wanita memiliki bentuk rahim yang normal. Rahim yang normal bentuknya seperti buah alpukat dan pipih. Bentuk rahim yang tidak normal boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan berbagai macam gangguan kehamilan. Gangguan kehamilan yang dihidapi oleh wanita dengan bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan janin meninggal di dalam kandungan.

3. Hamil Di Usia Tua


Sekiranya seseorang wanita berumur 40 tahun ke atas, sebenarnya dirinya sudah tidak sesuai lagi untuk hamil dan melahirkan. Melahirkan secara normal juga sudah sangat sulit dilakukan apabila mengingati kepayahan yang harus dilalui. Risiko hamil di atas usia lebih 35 tahun juga boleh menyebabkan berbagai macam komplikasi kehamilan dan juga menyebabkan janin meninggal di dalam rahim.

4. Obesiti

Obesiti juga antara punca berbagai penyakit hinggap dalam badan. Bahaya obesiti bagi ibu hamil, boleh terkena komplikasi kehamilan contohnya hipertensi dalam kehamilan, selain boleh terkena serangan jantung.

5. Pola Hidup Yang Tidak Sihat

Wanita yang ketika hamil atau sebelum hamil memiliki pola hidup yang tidak sihat boleh membuat janin yang ada di dalam kandungannya meninggal. Pola hidup tidak sihat itu di antaranya adalah merokok ketika hamil, mengambil alkohol dan lain-lain perbuatan tidak sihat.

6. Pengambilan Ubat Yang Tidak Terkawal

Wanita diingatkan supaya tidak mengambil ubat tanpa sebarangnasihat doktor. Ibu yang sedang hamil dilarang menggunakan ubat yang dijual bebas di farmasi. Ubat tanpa nasihat doktor mungkin memiliki komposisi bahan yang membahayakan bagi janin yang ada di dalam kandungan. Contohnya jika sakit kepala, sebaiknya inta nasihat doktor tentang ubat yang sesuai untuk ibu hamil.

7. Sejarah Kehamilan

Ibu yang pernah mengalami janin meninggal di dalam kandungan memiliki risiko untuk mengalami hal yang sama di kehamilan berikutnya. Orang kata, sejarah yang berulang.

8. Diabetes

Diabetes juga boleh membuat janin meninggal di dalam kandungan, kandungan gula yang tinggi dalam darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi kehamilan.

9. Pendarahan yang Berlebihan

Ibu hamil yang selama hamilnya mengalami pendarahan yang berlebihan boleh membuat janin yang ada di dalam kandungannya meninggal. Itu sebabnya jika ada pendarahan ketika hamil, cepat-cepat pergi ke hospital dan dapatkan rawatan segera.

10. Gerakan Janin Hiperaktif

Banyak ibu hamil yang terpaksa kehilangan janin di dalam kandungannya disebabkan janin yang hiperaktif. Pada perkembangan janin, keadaan janin memang boleh bergerak namun janin yang terus bergerak boleh menyebabkan tali pusat terlilit. Jika tali pusat terlilit aliran makanan dan juga oksigen tidak boleh sampai ke janin. Akibatnya janin di dalam kandungan akan kekurangan oksigen. Tidak hanya itu saja, janin yang aktif bergerak juga boleh membuat tali simpul pada tali pusat sehingga janin akan sulit untuk bergerak.

Itulah antara 10 sebab mengapa bayi boleh meninggal dalam kandungan. Oleh sebab itu wanita hamil perlu sentiasa menjaga kandungannya dengan berhati-hati agar tidak ditimpa masalah seperti kehilangan atau keguguran bayi dalam kandungan. 

Jika telah berusaha sedaya upaya tetapi masih juga mengalami musibah seperti di atas, itu namanya bukan rezeki anda untuk menimang cahaya mata. Bersabarlah. Berdoalah. Semoga Allah menggantikan musibah dengan kebaikan yang banyak selepas ini.

#sebarkan bahagia...    

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close