Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebab-Sebab Suami Isteri Boleh Nusyuz

Sebab-Sebab Suami Isteri Boleh Nusyuz. Dalam artikel kali ini saya cuba mengupas isu nusyuz yang sejak akhir-akhir ini macam menular dalam masyarakat kita. Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz? Nusyuz adalah, “Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4: 24).


Ulama Hanafiyah berpendapat bahawa yang dimaksud nusyuz adalah wanita keluar dari rumah suaminya tanpa ada alasan yang munasabah.

Kebelakangan ini ramai wanita yang meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami disebabkan beberapa hal seperti merajuk, bergaduh, mengikut lelaki lain dan sebagainya. Daripada penerangan tafsir al Quran di atas, ternyata meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami adalah dianggap nusyuz. Dan nusyuz hukumnya haram. Na'auzubillah...

Persoalannya adakah nusyuz hanya di tujukan kepada isteri? Bagaimana pula dengan pihak suami?

Sebenarnya kita kena jelas bahawa nusyuz bukan sahaja untuk isteri tetapi suami juga dianggap nusyuz jika melakukan hal-hal yang dibincangkan di bawah ini.


Sebab-sebab Suami Isteri Boleh Nusyuz


Sumber bacaan untuk penerangan di bawah saya ambil dari fendi tazkirah.

Nusyuz dapat terjadi dalam bentuk perkataan dan tindakan. Nusyuz perkataan dapat terjadi jika seorang isteri tidak berbicara sopan kepada suaminya, seperti memaki-maki suaminya, atau menjawab secara tidak sopan terhadap pembicaraan suaminya yang bersikap santun kepadanya. Sedangkan nusyuz dalam perkataan bagi pihak suami kepada isterinya adalah menghina isterinya, atau membentak-bentak isterinya yang telah menjalankan tugasnya sebagai isteri.

Adapun nusyuz dalam bentuk perbuatan, dari pihak isteri misalnya tidak mahu pindah ke rumah yang telah disediakan oleh suaminya, tidak mahu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh suaminya dalam batas-batas tertentu sebagai tugas seorang isteri, keluar rumah tanpa izin suami, tidak mahu melayani suaminya sedangkan dia tidak dalam keadaan uzur atau sakit. Sedangkan nusyuz dari pihak suami adalah mengabaikan hak-hak isterinya atas dirinya, seperti, tidak memberikan nafkah lahir batin pada isteri atau berfoya-foya dengan perempuan lain, atau menganggap sepi atau rendah terhadap isterinya.

Jika seorang isteri mengalami perlakuan nusyuz dari suaminya, maka isteri dapat melakukan dua hal, yakni: Pertama, bersabar terhadap perlakuan suaminya, kerana dengan sikap sabar akan dapat menimbulkan kesedaran pada suaminya, jika membalas dengan perlakuan yang sama, maka kedua-duanya akan terjebak kepada nusyuz, dan pada gilirannya akan membawa kepada syiqaq dan syiqaq akan membawa kepada perseteruan yang berpanjangan. Kedua, isteri dapat melakukan khulu’, iaitu kesediaan untuk membayar wang iwad (wang pengganti) agar suami bersedia untuk menceraikannya.

Sebaliknya, jika suami mengalami perlakuan nusyuz dari pihak isterinya, maka suami dapat melakukan empat hal, yakni: Pertama, memberikan nasihat kepada isteri agar bertaqwa kepada Allah Swt, dan nasihat diawali mengintrospeksi dirinya sendiri kerana boleh jadi sikap nusyuz isteri timbul akibat sikap suami sendiri. 

Kedua, berpisah ranjang dan tidak saling tegur sapa (sebagai lanjutan dari tahapan pertama jika tidak berhasil di nasihati) dan tidak lebih dari tiga hari, berdasarkan Sabda Nabi Saw: Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari tiga malam ((HR. Abu Daud dan Nasai).

Ketiga, memukulnya dengan tidak sampai mencederai, tidak boleh memukul wajah dan perut, dan dengan alat yang tidak membahayakan. Nabi Saw bersabda: Tidak dibenarkan salah seorang kamu memukul dengan pemukul yang lebih dari sepuluh helai lidi, terkecuali untuk melakukan hal-hal yang ditetapkan (hudud) Allah (HR. al-Bukhari Muslim). 

Keempat, adalah tahap yang diberikan untuk menyelesaikan syiqaq, iaitu mencari juru damai, hingga sampai ke pengadilan untuk melakukan perceraian.

Daripada penerangan di atas nusyuz besar kesannya kepada institusi keluarga dan banyak membawa keburukan kepada banyak pihak bukan sahaja suami isteri tetapi termasuklah anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Kedua-dua pihak iaitu suami isteri harus tahu peranan masing-masing dalam mengemudi kehidupan berumahtangga. Kukuhkan rumahtangga dengan ilmu dunia dan akhirat agar kehidupan lebih berkat dan dinaungi rahmat Illahi.

#sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close