Tentang Februari. Ada banyak cerita yang hendak dikongsikan kepada anda semua. Ada cerita basi yang diulang sana sini setiap hari, ada cerita sensasi yang sesekali munculnya tetapi panas membakar bertahun lamanya. Dalam sesekali menjenguk ruang berita, ada saja cerita yang benar tetapi dipalsukan. Bila berita tidak benar, cepat pula viralnya!!
Manakah nilai sebuah kebenaran jika semuanya menjadi mainan pena maya tak bermata. Tuduhan melulu berupa fitnah sudah menjadi nanah menular dalam media sosial. Siapa kamu tidaklah penting lagi, tetapi apa yang kamu ceritakan itu selalu menjadikan mata buta kembali terbuka. Sudah-sudahlah! Penat benar mahu memamah segala isu dan tingkah manusia yang sibuk melebar kuasa...
Cerita gembira. Itu lebih baik. Bukan gembira ceria yang kosong. Gembira yang ada isinya, ceria yang bertunjang tenang di hujung malam. Itu lebih baik menjadi pilihan hidup daripada berlumba meraih pandangan orang untuk disukai entah apa-apa...
Kosong tidak bermakna.
Tentang Februari. Cerita lama terimbas kembali. Airmata Februari dah lama keringnya. Ia ikut sama padamnya sebuah harapan yang pernah menyala. Angin dingin Februari telah merampas semua yang dipanggil sebuah persinggahan kasih.
Biarlah semuanya. Tidak perlu merayu untuk disambung kembali. Biarlah patah terus menjadi ranting kering yang berterabur di di bawah pohon kenangan. Tinggalkan ia di situ berkubur bersama dedaun masa yang semakin layu dan kekuningan. Akhirnya sebuah rasa cinta itu mati pada pertengahan Februari.
Cerita cinta, cerita lama yang berulang-ulang.
Sudahlah.
Selamat tinggal Februari.

Selamat Tinggal Februari
Selamat Tinggal Februari. Penat melawan arus dunia mengucapkan selamat tinggal adalah lebih baik. Februari yang manis memahat beribu kenangan. Februari yang indah bila silaturrahim kembali terjalin. Antara kau dan aku.
Selamat Tinggal Februari |
Terima kasih Februari. Bersyukurlah. Ada waktu-waktunya kepedihan adalah pelajaran paling baik dalam kehidupan. Tidak semua kesakitan itu boleh membunuhmu, sesekali ia adalah penawar paling mujarab yang merawat luka seribu liku. Bersyukurlah kerana sebuah kesakitan telah membuatkan kamu bangkit kembali menjadi seseorang yang baru.
Terima kasih kesakitan itu. Dengannya kamu belajar redha. Bukankah kamu patut bersyukur? Februari ini bukan sekadar persinggahan sebulan dan kemudian kamu tidak memperoleh apa-apa.
Pelajaran hidup seharusnya tidak berhenti di bulan Februari.
Tentang Februari. Cerita lama terimbas kembali. Airmata Februari dah lama keringnya. Ia ikut sama padamnya sebuah harapan yang pernah menyala. Angin dingin Februari telah merampas semua yang dipanggil sebuah persinggahan kasih.
Biarlah semuanya. Tidak perlu merayu untuk disambung kembali. Biarlah patah terus menjadi ranting kering yang berterabur di di bawah pohon kenangan. Tinggalkan ia di situ berkubur bersama dedaun masa yang semakin layu dan kekuningan. Akhirnya sebuah rasa cinta itu mati pada pertengahan Februari.
Cerita cinta, cerita lama yang berulang-ulang.
Sudahlah.
Selamat tinggal Februari.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.