Yang Jujur Yang Dusta. Berlaku jujur mudah tetapi sukar melaksanakannya. Manakala berlaku dusta payah tetapi kerap melakukannya. Begitulah kita manusia. Didustai selalu tetapi masih percaya akan kata-katanya. Bila diberikan kejujuran masih pula singgah prasangka. Kadangkala kita didatangkan persoalan, mahu jujurkah atau memburu dosa berdusta. Jika jujur diri bagai berada di apungan bara, bagai menelan diri sendiri. Jika berdusta ramai pula yang memuja, bagai diri itulah raja dunia!
Bebaskanlah diri dari tipu daya syaitan. Yang sering memujuk naluri melakukan dusta. Hindarilah berkawan dengan nafsu syaitan yang tak berhenti memesongkan niat dan kejujuran kita.
Dari Ibnu Mas'ud ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berkata benar itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga; orang yang jujur itu akan selalu berkata benar sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar-benar jujur.
Sebaliknya kejujuran itu nikmat dunia dan akhirat. Di dunia kamu berasa aman dan tenang, di akhirat kelak dialah peneman kamu, dialah penyelamat kamu. Kamu berbahagi selama-lamanya dengan kejujuran tersebut.
#sebarkan Bahagia kerana bahagia itu milik semua.
Sayyidina Ali berpesan: Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.
Yang Jujur Yang Dusta
Bebaskanlah diri dari tipu daya syaitan. Yang sering memujuk naluri melakukan dusta. Hindarilah berkawan dengan nafsu syaitan yang tak berhenti memesongkan niat dan kejujuran kita.
Dari Ibnu Mas'ud ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berkata benar itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga; orang yang jujur itu akan selalu berkata benar sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar-benar jujur.
Dan sesungguhnya berdusta itu membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan itu membawa ke neraka; orang yang suka berdusta itu akan selalu bohong sehingga ia ditulis disisi Allah sebagai pendusta".Mungkin ketika berdusta kawan ramai yang memuja, menjulang kejayaan kita. Kejayaan yang diselubungi kebohongan. Namun ketahuilah...dusta itu bahagianya cuma sementara. Cuma di dunia semata. Di akhirat yang kekal, kamu menangis meraung, di manakah kawan-kawanmu tika di dunia?
Riwayat Bukhari dan Muslim
Sebaliknya kejujuran itu nikmat dunia dan akhirat. Di dunia kamu berasa aman dan tenang, di akhirat kelak dialah peneman kamu, dialah penyelamat kamu. Kamu berbahagi selama-lamanya dengan kejujuran tersebut.
#sebarkan Bahagia kerana bahagia itu milik semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.