4 Langkah Mudah Buat Laksa Johor. Laksa Johor antara makanan kesukaan saya. Saya sukakan rasanya yang lemak dan pekat. Kuahnya yang dibuat daripada isi ikan amat menggamit perasaan dan sedap dipadankan dengan rangup hiasan taugeh dan sedikit sambal belacan. Hmmmm...
Ada banyak jenis ikan yang sedap dibuat kuah laksa johor antaranya ikan selayang, ikan parang, ikan kembung dan banyak lagi. Tetapi saya gemar Laksa Johor yang menggunakan isi ikan parang. Lebih kaw...
Buat Laksa Johor tidaklah susah mana, nampak bahan-bahannya macam banyak tetapi yang lebih tu adalah bahan hiasan je, nak buat KUAH LAKSA JOHOR mudah je. Hanya perlukan 4 langkah...
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A: Direbus dan dikisar
1/2 kilo ikan (ikut suka - sebaiknya guna ikan parang)
1 inci lengkuas - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
sedikit belacan - dikisar
1 sudu udang kering - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 paket kecil rempah kari ikan
2 sudu makan kerisik
500 gram santan
Asam dan garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
10 biji limau kasturi
1 biji timun - diracik
Sedikit taugeh segar
Limau kasturi
2 biji bawang besar
3 tangkai cili merah & hijau
Sedikit daun kesum/ selasih
Bahan sambal belacan:
6 biji lada merah
30 gm belacan (dibakar)
1 biji bawang merah
Garam secukup rasa
1. Rebus ikan - ambil isinya dan kisar bersama air rebusan ikan tadi
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama 1 paket kecil rempah kari ikan hingga naik bau
3. Masukkan santan berserta isi ikan tadi dan kacau hingga pekat.
4. Asam dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan kerisik.
Siap.
Nota tambahan:
Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Anda boleh hidangkan dan makan dengan sayuran seperti taugeh, letak sambal belacan dan perahkan limau kasturi sebagai penambah selera.
Dengan 4 Langkah anda dah boleh buat laksa Johor sendiri. Siapa kata resepi laksa Johor ni susah. Yang susahnya sebab kita tak mahu ambil sedikit masa untuk belajar.
Semoga perkongsian 4 langkah mudah buat laksa johor tadi dapat memberikan anda semangat baru untuk memasak hidangan sendiri buat keluarga tercinta.
Selamat mencuba ye..
4 Langkah Mudah Buat Laksa Johor |
Buat Laksa Johor tidaklah susah mana, nampak bahan-bahannya macam banyak tetapi yang lebih tu adalah bahan hiasan je, nak buat KUAH LAKSA JOHOR mudah je. Hanya perlukan 4 langkah...
Resepi Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A: Direbus dan dikisar
1/2 kilo ikan (ikut suka - sebaiknya guna ikan parang)
1 inci lengkuas - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
sedikit belacan - dikisar
1 sudu udang kering - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 paket kecil rempah kari ikan
2 sudu makan kerisik
500 gram santan
Asam dan garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
10 biji limau kasturi
1 biji timun - diracik
Sedikit taugeh segar
Limau kasturi
2 biji bawang besar
3 tangkai cili merah & hijau
Sedikit daun kesum/ selasih
Bahan sambal belacan:
6 biji lada merah
30 gm belacan (dibakar)
1 biji bawang merah
Garam secukup rasa
4 Langkah Mudah Buat Laksa Johor
1. Rebus ikan - ambil isinya dan kisar bersama air rebusan ikan tadi
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama 1 paket kecil rempah kari ikan hingga naik bau
3. Masukkan santan berserta isi ikan tadi dan kacau hingga pekat.
4. Asam dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan kerisik.
Siap.
Nota tambahan:
Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Anda boleh hidangkan dan makan dengan sayuran seperti taugeh, letak sambal belacan dan perahkan limau kasturi sebagai penambah selera.
Dengan 4 Langkah anda dah boleh buat laksa Johor sendiri. Siapa kata resepi laksa Johor ni susah. Yang susahnya sebab kita tak mahu ambil sedikit masa untuk belajar.
Semoga perkongsian 4 langkah mudah buat laksa johor tadi dapat memberikan anda semangat baru untuk memasak hidangan sendiri buat keluarga tercinta.
Selamat mencuba ye..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.