Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bandung Cincau Penyegar Tekak

Bandung Cincau Penyegar Tekak | Dalam cuaca panas macam ni sedapnya jika boleh dapat minum bandung cincau warna pink menyala. Hehe..Mana nak dapat bandung cincau bila rasa kepingin ni ekk...saja jer tekak ni teringat kesegaran air bandung cincau.

Cincau bagus untuk meredakan panas badan. Lebih bagus jika dibancuh dengar beras barli. Memang amat mujarab untuk merawat panas badan luar dan dalam kesan daripada cuaca sekarang ni.

Bandung Cincau Penyegar Tekak


Bandung Cincau Penyegar Tekak


Don't worry, saya akan cari resepi simple buat bandung cincau ni ekk..

Resepi Bandung Cincau

Resepi Bandung cincau ni saya kongsikan darripada Cik Mat Gebu. Simple sangat cara nak buat. main campak-campak je sebenarnya. Kalau nak manis lebihkan susu...

Bahan-bahannya:
  • Kordial Sirap Ros Jalen secukupnya (atau sebarang jenama)
  • Susu rendah lemak secukupnya
  • Cincau yang diparut secukupnya
  • Ais kiub secukupnya
  • Air mineral jika perlu


Cara membuat bandung cincau penyegar tekak

1. Tuang susu rendah lemak secukupnya ke dalam gelas. Kalau suka boleh tambah sedikit air. Perlahan2 masukkan 2-3 camca besar kordial sirap ros Jalen. 

2. Tambah ais kiub dan akhir sekali sudukan 2 camca besar cincau yang telah diparut. 


3. Biar sejuk dan sebelum diminum, anda perlu kacau perlahan hingga semua bahan-bahan rata. Selamat mencuba.

Sekianlah perkongsian saya tentang resepi bandung cincau yang amat menyegarkan tekak. Lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas berbahang nih...

#kurangkan manis dalam minuman...
#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya cincau...mmg elok musim panas gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Maria sebab singgap blog kecil ni. Memang sedap, dan cincau dengan barli boleh merawat panas badan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close