Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Berputus Asa!

Jangan Berputus Asa! Benar sekali! Usah berputus asa jika kamu melalui episod kehidupan yang tidak seperti kamu rancangkan. Bersabarlah dan terus tersenyum. Berulangkali kita mendengar, membaca, atau ustaz-ustaz berpesan...tiada duka yang abadi di dunia. Semuanya kedukaan atau kegembiraan bersifat sementara.

Usahlah berputus asa dalam kehidupan atau perkara yang sedang kamu usahakan.


Jangan Berputus Asa!


Jangan berputus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati. Tapi BERSABAR dan TERSENYUMLAH. Kerana DIA berfirman dengan penuh kasih sayang...

Ø¥ِÙ†َّ Ù…َعَ الْعُسْرِ ÙŠُسْرًا


"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" ...surah al Insyirah: ayat 6

Jangan Berputus Asa

Rahmat Allah selalu berserta dengan orang-orang yang sabar.

Benar.

Orang mungkin menuduh kita hanya pandai berkata supaya bersabar, dan terus tersenyum..tetapi fikirkan jika mereka di tempat kita.

Sebelum kita menyangka orang lain hanya pandai bermulut manis, adakah kita pernah terfikir apakah dugaan dan ujian yang pernah dilalui oleh mereka. Mungkin mereka pandai menasihati kerana mereka telah melalui cabaran lebih hebat daripada itu.

Setelah berjaya melepasi ujian yang ditakdirkan, barulah terasa manisnya di sebalik setiap kejadian. Begitulah Allah berpesan, setiap ada kesulitan pasti ada kemudahan.

Bersabarlah. Tersenyumlah. Alhamdulillah.

#sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close