Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menjenguk Orang Sakit Umpama Berada Dalam Kebun Syurga

Menjenguk orang sakit adalah salah satu hak seorang mukmin terhadap saudaranya yang lain. Oleh sebab itu seorang mukmin dengan mukmin yang lain dianggap adalah bersaudara.

Menjenguk rakan yang sakit atau saudara yang sedang menghadapi musibah boleh meringankan kesedihan mereka. Kehadiran kita kadangkala boleh menjadi pemangkin semangat buat mereka yang sedang dilanda musibah.

Menjenguk Orang Sakit Umpama Berada Dalam Kebun Syurga

Menjenguk Orang Sakit Umpama Berada Dalam Kebun Syurga 


Dari Tsauban ra. dari Nabi saw., beliau bersabda: "Sesungguhnya bila seorang muslim menjenguk saudaranya sesama muslim maka seakan-akan ia senantiasa berada dalam kebun syurga sehingga ia kembali". Ada seseorang bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan khurfatul jannah itu?" Beliau menjawab: "Kebun syurga yang sedang berbuah". - Riwayat Muslim

Mengunjungi orang sakit merupakan perbuatan mulia, dan terdapat keutamaan yang agung, serta pahala yang sangat besar, dan merupakan salah satu hak setiap muslim terhadap muslim lainnya.
Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang muslim (yang sedang sakit), maka (seakan-akan) dia berjalan sambil memetik buah-buahan Syurga sehingga dia duduk, apabila sudah duduk maka diturunkan kepadanya rahmat dengan cepat. Apabila menjenguknya di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga waktu petang tiba. Apabila menjenguknya di petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar diberi rahmat hingga waktu pagi tiba.” (HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dengan sanad shahih).

Semoga perkongsian di atas memberikan kita sedikit lagi ilmu yang bermanfaat jika sekiranya kita tidak mengetahui sebelum ini. Jenguklah saudara mara kita walau di mana mereka berada lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam kesakitan.

#sebarkan bahagia 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. subhanallah banyak syafaatnya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fadhilatnya begitu besar kan Husna...jom eratkan ukhuwwah..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close