Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan tidak terhitung banyaknya kepada kita.
Boleh menulis blog pun nikmat yang tidak terkata yang Allah berikan kepada saya. Sambil menulis blog, boleh pulak mata ni menonton cerita Korea kegemaran, jadi nikmat mata yang boleh melihat, pun tidak mampu kita dustakan atas segala pemberianNya. Sambil tu, telinga boleh mendengar muzik atau alunan ayat suci al Quran daripada MP3 yang dimainkan. Untuk semuanya itu, alhamdulillah.
Allah berfirman dalam al Quran,
"Jika anda menghitung nikmat Allah, maka anda tidak dapat menghitungnya." - surah an Nahl: 18
Apa lagi nikmat-nikmat Allah yang telah dan sedang kita kecapi kini? Kesihatan tubuh, rasa aman di kawasan tempat tinggal, nikmat makanan, pakaian, udara, air dan sebagainya merupakan nikmat-nikmat Allah yang terus anda rasakan. Jadi, ucapkanlah alhamdulillah...
Ada satu situasi dimana seorang kanak-kanak berumur 9 tahun tinggal dengan ayahnya. Ibunya sesekali menjenguk kerana mereka telah bercerai. Namun saya perhatikan kanak-kanak ini sangat bahagia dan gembira hidupnya. Tidak sedih, amat berdikari dan sabar jika ayahnya lambat mengambilnya pulang dari sekolah. Satu hari saya bertanya,
"Adik nampak happy je walau ayah lambat ambil. Tak marah ke kalau ayah lambat?"
Jawabnya, "Tak. Yang penting saya masih ada ayah. Orang lain ada ayah tapi van sekolah yang ambil. Walau ayah lambat ambil saya tapi saya ada ayah yang bertanggungjawab. Cukuplah."
Lihatlah, secara tak sengaja dia telah mengajarkan kita erti menghargai, tahu bersyukur dan yang penting budak sekecil itu telah redha dengan perjalanan hidupnya tanpa seorang ibu di sisi.
Ia sedikit sebanyak memberikan suntikan motivasi kepada saya untuk lebih tabah, sabar dan melatih diri mensyukuri nikmat-nikmat Allah dalam kehidupan ini walau apa pun bentuknya.
Nikmat Allah ada pelbagai, maka terimalah segala pemberian Allah dengan lapang dada dan fikirkà nlah mereka yang tidak menikmati apa yang kita sedang kecapi.
Subhanallah..
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahu Akbar
Ingatlah! Jika anda berpaling daripada Allah dan tidak mensyukuri nikmat-nikmatnya, kehidupan anda akan selalu dihimpit kegelisahan, penderitaan, kepahitan dan sebagainya yang benar-benar merugikan.
Anda memiliki dua bibir, dua kaki, dua tangan, dua mata dan lisan untuk berkata,
Semoga tulisan di atas meninggalkan sedikit manfaat dan kebaikan buat kita semua untuk tahu bersyukur dengan segala pemberian dan pinjaman dari Allah.
#sebarkan kebaikan demi sebuah bahagia.

Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Hendak Di Dustakan?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" - surah AR Rahman: ayat 16.
Semoga tulisan di atas meninggalkan sedikit manfaat dan kebaikan buat kita semua untuk tahu bersyukur dengan segala pemberian dan pinjaman dari Allah.
#sebarkan kebaikan demi sebuah bahagia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.