Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Orang Yang Paling Berani

Orang Yang Paling Berani | Salam Jumaat duhai pembaca blog yang dikasihi. Kali ini saya nak kongsikan kisah-kisah pada zaman Rasulullah dan para sahabat di mana ketika itu orang menyorokkan iman masing-masing kerana takut dibunuh. Orang-orang pada zaman tersebut takut membantu Rasulullah bimbang di bunuh. 

Orang Yang Paling Berani


Namun ada seorang sahabat Rasulullah yang paling berani di antara mereka dan beliau juga berani menyiarkan imannya kepada Rasulullah dan tidak takut jika bakal dibunuh oleh musuh-musuh Islam pada ketika itu. 

Orang Yang Paling Berani


Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." 

Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi Muhammad s.a.w. gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Nabi Muhammad s.a.w.dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi Muhammad s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?" 

Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi Muhammad s.a.w. selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"
 
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. 

Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Semoga kisah yang saya kongsikan di atas dapat diambil iktibar oleh kita semua bahawa:

1. Berani kerana benar
2. Sentiasa tegas membela pemimpin yang berada di jalan yang lurus
3. Kena yakin dengan agama yang kita anuti dan kepercayaan kepada Allah dan Rasulnya.

Wallahua'lam...

#sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close