Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Smoothie Twin Bean

Resepi Smoothie Twin Bean. Cuaca panas-panas macam ni memang sedap bila dapat makan manisan yang sejuk dan berperisa. Kalau perisa mangga pun sedap, hihi..

Kali ni saya nak share resepi Smoothie ..apa bendanya tu? Ala... bubur buah/ sayur, dimana semua bahan dimasukkan ke dalam blender kemudian diproses hingga halus. Contohnya kalau blender buah epal, buah epal yang dah hancur itulah kita minum atau makan. Tidak perlu ditapis. Kalau jus kita tapis dan ambil airnya. Ha...itulah beza jus dengan smoothie.

Ciri-ciri smoothie : tekstur kental, creamy dan mengenyangkan. Bagus untuk mereka yang sedang berdiet.

Resepi Smoothie Twin Bean
Resepi Smoothie Twin Bean

Resepi Smoothie Twin Bean


Bahan-bahan:

1 sudu besar kacang merah yang telah direbus
1 sudu teh krimer manis
1 sudu gula
1 gelas air kisar @ ice blended
1/2 gelas jelly
5 ketul nata de Coco
1 sudu santan segar
2 sudu teh kacang mung (kacang hijau)

Cara menyediakan smoothie twin bean


1. Kisar kacang merah, kiub ais, gula & krimer manis

2. Masukkan jus ke dalam gelas dan campurkan dengan jelly dan kacang mung yang telah dimasak terlebih dahulu

3. Masukkan nata de Coco di atasnya lalu diikuti santan segar.

Smoothie twin bean siap untuk diminum. Hurmmm...segar rasanya. Ada rasa kacang, santan dan nata de Coco yang kenyal. Nama resepi ni twin bean sebab ada dua jenis kacang di dalamnya iaitu kacang merah & kacang hijau...heheh

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close