Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

1001 Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Orang Tersayang

Koleksi 1001 Ucapan Selamat Harijadi Terbaik Buat Orang Tersayang.  Memberikan ucapan selamat harijadi dan doa hari lahir adalah sesuatu yang membahagiakan sebagai ingatan buat orang yang kita sayang. Kerana, menerima ucapan istimewa pada hari lahir atau birthday wishes adalah sesuatu yang menggembirakan. Walau sedang bersedih, jika ada orang mengucapkan kata-kata semangat, kita mesti rasa dihargai. Lagipun, hari lahir disambut setahun sekali, sudah tentu kita mahu mengingatinya dalam suasana yang gembira. Betul tak?

Ada banyak jenis ucapan hari lahir yang boleh diberikan kepada orang tersayang, kawan rapat, ahli keluarga dan sebagainya. Ucapan harijadi atau hari lahir kebiasaannya mengandungi kata-kata semangat, penghargaan, kata-kata pujian serta doa penuh kebaikan buat mereka yang terbabit.

1001 Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Orang Tersayang

Ingatan harijadi atau hari lahir yang penting, tak perlu sambutan yang grand... kerana yang terpahat dalam ingatan itulah tanda kasih sayang yang ikhlas dan menyayangi seadanya.

Ucapan Hari Lahir Dan Selamat Hari Jadi Buat Orang Tersayang

Selamat Hari Jadi. Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi insan yang bermanfaat serta menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Mari kita tengok kompilasi ucapan hari lahir dan doa harijadi yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih kreatif. Birthday wishes atau ucapan harijadi dipanggil juga ucapan ulangtahun adalah ucapan ikhlas dari keluarga tersayang dan rakan-rakan untuk kita merasai dihargai dan diingati. Tak perlu hadiah mewah, cukup sekadar ingatan yang ikhlas!

Contoh Ucapan Hari Lahir Islami Terbaik!!


1. Selamat Hari Lahir! Semoga selalu diberikan kesihatan dalam sisa usia yang berkah, semoga dengan bertambahnya umur, Allah memberikan redhaNya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum..

2. Semoga Allah selalu memberkati hidupmu, memberikan umur yang panjang. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi penyeri hidup kami, serta ubat dan penyejuk hati kami. Selamat hari lahir anakku!

3. Sannah Helwah. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas. Semoga hatimu semakin bersih dan bijak. Semoga akhlakmu semakin terampil menawan dalam kebajikan. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
4. Barakallah Fii Umrik. Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya. Terangkanlah hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya. Perluaskanlah rezekinya. Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan. jauhkanlah hatinya pada kejahatan. Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia mahupun akhirat.

5. Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabatku! Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu. Mudah-mudahan dengan pertambahan umur, seiring dengan pertambahan ibadah kepadaNya.

6. Anakku sayang!! Kau adalah harta yang paling berharga di dunia ini yang sentiasa menjadikan ayah dan ibu lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh kekuatan. SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG..

7. Doa Hari Lahir Untuk Diri Sendiri - Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami. Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

8. "Ukhwah fillah takkan musnah, lautan erat takkan mungkin patah. Bertemu, berpisah hanya KENANGAN SEMATA. Redha Allah, Kita cari. Moga-moga kita kan di Rahmati. Dengan niat yang suci, bertemu kembali di negeri Abadi. Salam kemaafan. Salam Ulangtahun..."
             

Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang 


Kami rangkumkan ucapan harijadi dan hari lahir terbaik untuk orang yang tersayang, ibu bapa, isteri, suami dan anak-anak dan juga sahabat serta rakan taulan sebagai panduan bersama. Jangan lupa ucapan dan ingatan ikhlas kepada mereka yang menyambut hari istimewa tersebut setahun sekali.
 

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat Dan Rakan


1. Selamat Hari Lahir. Hari lahir adalah satu permulaan yang baru dan masa untuk meneruskan usaha dengan matlamat baru. Bergeraklah ke hadapan dengan keyakinan dan keberanian. Kamu seorang yang sangat istimewa. Semoga hari ini dan seterusnya, harimu menjadi luar biasa!

2. Harijadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu. Selamat Hari Lahir Buatmu!

3. Sahabat, lupakan masa lalu, pandanglah ke depan, demi perkara-perkara terbaik yang belum kunjung tiba. Selamat hari lahir.

4. Selamat Hari Jadi kepada seseorang yang menawan, berbakat dan lucu. Melihat kamu seolah mengingatkan banyak perkara tentang diri ku sendiri. Sekali lagi, Happy Birthday❤.

5. Sahabatku, Selamat Hari Jadi. Terima kasih kerana selalu berada disisi ku dalam semua keadaan. Aku sayang kamu, kawan baik ku. Diriku begitu teruja untuk berkongsi hari istimewa mu. Semoga Hari jadi mu akan menjadi benar-benar istimewa.


6. Tarikh lahir adalah satu peristiwa yang begitu indah. Tetapi bagi ku, ia adalah satu hari istimewa di mana peluang untuk ku bersyukur kepada Tuhan untuk semua persahabatan yang kamu hulurkan. Happy Birthday.

7. Pada hari lahir mu ini, aku ingin mengambil sedikit masa untuk menulis tentang semua masa indah yang telah kita kongsi bersama-sama. Diriku berterima kasih untuk pengalaman dan semua perkara yang kita lakukan sebagai sahabat. Aku berharap semoga ada lebih banyak lagi kenangan yang boleh dicipta bersama. Happy Birthday To You 🌷.

Baca juga .. [Ucapan salam perpisahan kepada guru, sahabat dan orang tersayang.]

8. Sahabatku tersayang. Terdapat begitu banyak perkara tentang persahabatan kita yang aku suka. Hari jadi mu akan menjadi masa yang tepat untuk meraikan hari istimewa mu, dan seluruh persahabatan kita yang penuh bermakna kepada diriku. Aku berharap dirimu faham betapa aku sangat menghargai persahabatan kita. Happy Birthday.

9. Masih ingat lagi hari kita bertemu, rasanya seperti baru semalam. Diriku adalah orang yang paling bertuah untuk mempunyai rakan-rakan seperti dirimu. Tarikh dirimu dilahirkan ialah saat kegembiraan besar bagi diriku. Ia umpama seseorang yang sangat istimewa datang ke dunia ini. Selamat Hari lahir!

10. Setiap tahun yang berlalu adalah satu lagi peringatan bagaimana kuat persahabatan kita. Jadi aku ingin mengucapkan "Happy Birthday", semoga setiap impian menjadi kenyataan, kerana kamu adalah orang yang berhak menerima mimpi-mimpi indah!

11. Sahabatku! Biarlah hari ini penuh dengan sambutan penuh kegembiraan. Aku berharap ia hari jadi yang luar biasa dan hebat! Happy birthday beloved friend!

12. Selamat hari lahir saudaraku. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah ini. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Amiin..

13. Selamat hari lahir sahabat. Aku berharap hari istimewa mu ini penuh dengan keseronokan, kebahagiaan dan segala-galanya yang kamu inginkan.

14. Sahabat, hari ini adalah hari jadi mu! Adakah kamu tahu apa yang bermakna? Ia adalah masa untuk menikmati kegembiraan dan bersyukur dengan apa yang kamu miliki. Tetapi jangan lupa untuk berfikir tentang semua hasrat yang kamu inginkan! Nikmatilah memori ini. Semoga kamu gembira selalu. Happy birthday!

15. Kita akan menjadi kawan terbaik selama-lamanya. Aku tak tahu nak kata apa pada hari ulang tahun ini, tetapi Selamat Hari lahir! Aku ingin dirimu selalu ada pada masa-masa akan datang meraikan harijadi ku juga.

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Suami/ Isteri/ Anak/ Ibubapa


1. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga Redha Allah mengiringi mu selalu. Selamat hari lahir sayang..

2. Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun mu
selain doaku untukmu....
Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas,
semoga hatimu semakin bersih dan bijak,
semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan....

Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang

3. Selamat hari lahir sayang.. Semoga di hari ulang tahunmu dan seterusnya Allah Swt senantiasa memberikan Taufik Rahmat Berkah, Lindungan & keselamatan, Rezeki & hidayah Serta RedhaNya kepada kamu... aamiin

4. Dengan ucapan Selamat Hari Lahir,
      Semoga dikurniakan
      Iman yang sempurna,
      akhlak terpuji,
      pekerti mulia,
      umur yang bermanafaat,
      rezeki yang halal,
      ilmu yang berguna,
      jodoh yang membahagiakan,
      hidup yang dirahmati.

5. Cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan rasulmu dan ALLAH. Cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH. Cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA. Selamat Hari Lahir Anakku!.

6. Saya doakan bermula hari ini, pada hari jadimu, keazaman dalam meningkatkan keimanan semakin bertambah. Umur yang panjang dan diberkati sehingga akhir hayat dan lafaz kalimah syahadah meniti saat kematian. Rezeki yang melimpah ruah lagi halal. Pasangan hidup dan jodoh yang diredhai ALLAH sehingga bertemu di syurga abadi. Segala yang dihajati dimakbulkan ALLAH. Happy birthday 😊.

7. Buat Mahar cinta
      seribu mawar merah lambang cinta
      Selamat Hari lahir
      dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
      dikurniakan kerahmatan seluas alam oleh      ALLAH SWT.

8. Selamat hari lahir anakku!
      Semoga dikurniakan umur yang         bermanafaat,              
      rezeki yang halal,
      ilmu yang berguna,
      Rumah tangga yang membahagiakan,
      hidup yang dirahmati.
      Jadilah isteri solehah dan
      Ibu mithali kepada putera-puterimu.
9. Diriku gembira kerana kamu dilahirkan, kerana dirimu menerangi hidupku dengan kegembiraan. Selamat Menyambut hari lahir dipenuhi dengan kemeriahan dan kegembiraan. Berharap hari-harimu akan menjadi amat istimewa walau di mana kamu berada. Selamat Hari lahir!

10. Dengan Bertambahnya Umur.....
      Bertambah Pula Kebahagiaanmu....
      Dan Bertambah juga cintaku Padamu....
      Selain mengingatmu,.....
      Tak ada lagi yang lebih penting buatku.....
      Detik ini aku hanya ingin menyapamu            
      dengan satu doa:
      semoga Allah selalu melimpahkan cinta-Nya di hatimu! 
      Selamat hari lahir sayang...
       
11. Selamat hari lahir! Hari ini adalah hari dimana dirimu telah dibawa ke dunia ini untuk menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingmu! Kamu adalah orang yang indah. Semoga kamu diberikan keberkatan pada hari lahir untuk memenuhi semua impian mu.

12. Kerana, hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepada mu! Happy birthday Dear!

13. Matahari bersinar lebih terang hari ini sebagai satu cara untuk mengucapkan Happy Birthday.
Hari ini, aku ingin doakan semua impian mu menjadi kenyataan. Bersyukurlah setiap hari, dan ia bukan setakat hari lahir! Raikan hari indah ini dengan senyuman!

14. Selamat Hari lahir!! Diriku berharap hari-harimu dipenuhi dengan kasih sayang dan ceria! Kami semua mengucapkan selamat hari jadi dan semoga harapan mu menjadi kenyataan.

15. Selamat hari lahir bidadariku.. semoga Allah memanjangkan umur, menarik pergi segala masalah, memudahkan segala urusan, melapangkan segala kekusutan, menerima segala amalan, merahmati semua pekerjaan, dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buat mu, bidadariku!

16. Harapan dan doa ibu ayah, Semoga Allah Lindungi Setiap Langkah MU, Moga Diberikan Kesihatan Yang Sentiasa Sihat, Di panjangkan Umur, Murah Rezeki, Diberikan Kebahagiaan Dunia & Akhirat Serta Dipermudahkan Sgala Apa Jua Urusan. Semoga anak ibu ayah membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh solehah untuk kami.

"Ya Allah, Kau jaga dan lindungi lah setiap langkah perjalanan anak ku ini.. Kau kuatkanlah anakku untuk menempuhi dugaan yang mendatang. "Ya Allah, jadikanlah ia anak yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal" serta berjaya di dunia & akhirat.

Birthday wishes Dalam Bahasa Inggeris


1. 1 am sending you hugs, kisses, laughter, warm wishes, and many, many blessings. I hope your birthday is filled with all of the above and so much more. Wishing you a happy birthday!

2. Today is the day we celebrate the number of years you’ve brought happiness to our lives.

3. There is never a dull moment with you. Have a great birthday celebration. Many happy returns!

Artikel Berkaitan:

Get this widget
4. You work hard year round. Today, relax and have fun. You only get one birthday a year!


5. From my heart to yours, you deserve the best on your birthday. Wishing you a blessed day today.

6. My warmest wishes! This year, may you shed less tears and have more laughs.

7. I hope you achieve all of your dreams and obtain all of your heart’s desires.

Doa seorang hamba Allah pada hari kelahirannya....


Ya ALLAH,
sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku

Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU

Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH

Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini.

17 Safar 1432H

Ucapan Birthday atau birthday wishes yang sweet di atas amat berguna jika kita tak ada idea nak tulis atau ucapkan kepada orang yang tersayang. Semoga bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. Dapat ucapan pun jadi lah kannn...

    ReplyDelete
  2. Saya selalu tak tau apa nak ucap kalau ada orang birthday. Kena tengok ucapan2 kat sini baru la dapat bagi ucapan yang menarik.. kalau ucapan yang sama je balik2, rasa macam tak best pula..

    Antara ucapan kegemaran saya ini :

    Kerana, hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepada mu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul DC.. kalau ucapan sama je macam klise gitu.. ya tak?

      Delete
  3. Bagi ucapan kat orang supaya dia rasa di hargai

    ReplyDelete
  4. Ucapan selamat hari kepada semua juga boleh di baca di sini
    https://manfaatku.com/.../selamat-hari-lahir-untuk-semua

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close