Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Hilangkan Panas Baran

Cara-Cara Hilangkan Panas Baran. Panas baran ni sikap yang tak baik, ia selalu membawa masalah kepada diri sang penanggungnya dan juga orang-orang di sekeliling. Ada kisah tentang panas baran di mana suami sanggup memukul isteri di khalayak ramai hanya kerana tidak berpuas hati tentang perkara remeh temeh. Panas baran memang sukar dipulihkan tetapi ada cara untuk merawatnya hingga boleh hilang lama kelamaan. Tetapi harus terus istiqamah - berterusan berusaha dan yakin.

Panas baran bukan sahaja menyerang orang lelaki tetapi juga boleh didapati pada orang perempuan. Ingat tu ya, sahabat-sahabatku. Marilah sama-sama kita mengubah hidup kita ke arah hidup yang lebih baik.

Cara-Cara Hilangkan Panas Baran 


Baiklah, tentu kita semua pun tak mahu sifat panas baras melekat pada tubuh selama-lamanya, kan? Berikut adalah cara untuk menghilangkan panas baran yang saya kongsi daripada FB PakarDiariHati.

1. Setiap kali selepas solat fardhu, letakkan tangan di dada sebelah kiri
2. Istighfar dengan menyebut, 
Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Semoga dengan doa, usaha dan tawakkal kita kepada Allah SWT, akan diberikan jalan untuk kita mengatasi masalah panas baran tersebut.
Cara-Cara Hilangkan Panas Baran
Sumber: FB Pakar Diari Hati
Salah satu tanda seseorang itu matang ialah apabila beliau dapat menahan kemarahannya. Insyaa Allah... 
Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak bersa gembira dengan dirinya sendiri. Sebagai pendamping atau rakan baik , kita boleh menegur sifat panas baran seseorang dengan cara yang berhikmah. Bak kata Prof Dr Muhaya, sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana.

Wallahua'lam...

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close