Sabda Rasulullah SAW, "Mahukah kamu aku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan seseorang dan mengangkat darjat ketinggiannya?"
Mereka menjawab, "Bahkan ya, Rasulullah."
Rasulullah SAW bersabda, "Berlemah lembutlah dengan orang yang tidak mengetahui kamu, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, berikanlah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu, dan hubungkanlah silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu." - Hadis Riwayat At Tabrani & Al Bazzar
Memaafkan itu lebih indah dari dendam. Ya...bercakap memang mudah. Mendidik hati untuk memaafkan memanglah susah! Ia memerlukan pengorbanan, meninggalkan kesakitan yang dirasai di belakang. Kemudian cuba menerima kembali mereka itu seadanya. Mampukah??
Janganlah hanya satu kesalahan, kamu membenci seseorang itu habis-habisan. Kamu membuangnya terus dari hatimu. Boleh jadi di ketika kamu sedang memikirkan segala kejahatannya, orang yang kamu sangat benci itu sedang memikirkan 20 kebaikan kamu, dan sedang bersujud kepada Allah lau mendoakan kebaikan buat kamu...
Menyimpan kebencian dalam hati kepada seseorang sama sahaja seperti melukai diri sendiri lebih dalam daripada sakit yang ditinggalkan oleh orang yang kita benci itu! Memaafkan bukan bererti membiarkan diri terus disakiti, tetapi lebih dari itu, memaafkan adalah satu sikap yang menegaskan bahawa tidak ada seorangpun yang merosak kebahagiaanmu. Maafkanlah!
Tambahan pula memaafkan seseorang bukanlah untuk menentukan bahawa siapa benar dan siapa yang salah. Ia lebih kepada demi menjaga sebuah perhubungan yang telah terjalin.
Pada akhirnya, bila kita mampu memaafkan orang lain kita akan berasa tenang. Lagipun kita semua hanyalah hamba Allah, yang tidak ada apa-apa di dunia ini, tiada gunanya menyombongkan diri.
Seseorang pernah berkata,

Maafkanlah!

"Usah dikira berapa banyak kali kamu memaafkan orang, tetapi terhitungkah kamu berapa kali Allah telah memaafkan kamu? Fikirkanlah..."#sebarkan bahagia
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.