Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pandangan Mata Yang Selalu Menipu

Orang kata dari kerana mata, bermula sebuah cerita. Dari kerana mata, episod luka bermula. Dan, dari kerana mata ada yang mengecap bahagia. Ada cerita yang berbeza-beza buat mereka yang bergelar insan. Selalu kita dengar, cacian dan hinaan buat mereka yang tidak berdaya. Semuanya bermula dari pandangan mata, yang penuh tipu daya.

Seorang rakan wanita mengadu bagaimana dirinya dipandang sebelah mata hanya kerana statusnya sebagai ibu tunggal. Masyarakat sekeliling suka menghukum mengikut pandangan mata yang berat sebelah. Satu pesan saya padanya, biarkanlah orang nak berprasangka dengan kita. Jom kita bangkit bersama, perkasakan diri dengan ilmu dan iman. Bila masanya tiba, kita tutup mata mereka dengan cara bermaruah!

Buat apa kita sombong dengan perbezaan nasib yang tidak memihak kepada rakan kita. Untuk apa kita memandang sebelah mata pada orang yang hidupnya kais pagi makan pagi dan begitulah sebaliknya. Tahukah kamu, pandangan yang kamu dan dia gunakan adalah pinjaman dari Sang Pencipta yang sama?

Apakah yang cuba kamu banggakan? Malulah kepada dirimu, malulah kepada TuhanMu kerana kamu mengkhianati sebuah janji yang diikat sejak azali lagi.


Pandangan Mata Yang Selalu Menipu 




Pandangan mata selalu menipu. Pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, tetapi pandangan hati itu yang hakiki jika lahirnya dari iman dan taqwa.

Pandangan mata mengundang sinis hinggakan terasa orang yang tidak punya apa-apa. Antara dua darjat, kesusahan dan kesenangan, derita dan bahagia orang akan menghakimi dengan mata. Jauh sekali menggunakan rasa hati dan iman untuk menghormati perasaan insan lain. Yang ada hanya sisa tawa dan canda sambil berlalu membiarkan hati insan lain tersakiti dek pandangan mata yang prejudis.

Cukuplah kamu menghakimi seseorang dengan pandangan matamu yang menipu. Sudah-sudahlah kamu memandang hina insan lain yang serba kekurangan.

Ingatlah.

Hari ini mungkin kita di atas, siapa tahu esok lusa takdir kita pula yang berubah.

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close