Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perasaan Seseorang Yang Dilukai

Perasaan Seseorang Yang Dilukai. Dilukai dan melukai lain perasaannya. Orang yang dilukai berasa sedih, tersisih, rendah diri, kesunyian dan banyak lagi pandangan yang negatif yang mengiringi orang yang dilukai.

Tetapi, berbeza bagi mereka yang meninggalkan. Atau orang yang melukakan. Mereka dipihak yang gembira, rasa bangga diri, lupa segala duka orang yang dilukai dan biasanya mudah cari pengganti.

Sebagai orang yang dilukai atau pun ditinggalkan, anda harus berfikir positif. Hendak menangis? Menangislah hingga anda rasa telah meluahkan segalanya dari diri anda. Bila telah habis tangisan tersebut, binalah keyakinan dalam diri bahawa Allah akan gantikan dengan kebahagiaan juga pada saatnya yang tepat nanti. Insyaa Allah.

Perasaan Seseorang Yang Dilukai


Perasaan Seseorang Yang Dilukai


Orang yang dilukai biasanya sukar untuk move on, dan mereka memerlukan masa untuk bangkit semula seperti sebelumnya. Jika keadaan tersebut berlaku, apakah yang harus dilakukan oleh orang yang terluka tersebut?

Baiklah.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh orang yang dilukai...

1. Solat
2. Sabar
3. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah
4. Membaca buku-buku motivasi bangkit kembali
5. Belajar memaafkan orang tersebut (yang melukai kita)
6. Senyumlah

Perasaan Seseorang Yang Dilukai

Bagi anda yang pernah mengalami perasaan dilukai atau ditinggalkan oleh seseorang, anda mungkin lebih tahu cara-cara yang sesuai untuk bangkit kembali. Apapun nasihat saya, tersenyumlah. Kembalikan senyuman anda dan berfikir positif bahawa anda berhak untuk bahagia. Usah dikenang-kenang orang yang melukakan anda. Satu masa nanti, mungkin dia pun mengalami perkara yang serupa seperti anda alami hari ini.

Semoga catatan ringkas di atas memberikan manfaat kepada anda yang memerlukannya. Saya mungkin pandai menulis, melontar pandangan dan mungkin juga buah fikiran saya tidak sama dengan anda...tetapi, walau apa pun pengalaman kita, jadikan ia sebuah pengajaran hidup yang amat bernilai.

#berubah untuk kebaikan

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close