Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Bintik hitam di muka kadangkala merisaukan kita terutamanya gadis remaja kerana ia agak mencacatkan tona warna kulit, lebih-lebih lagi jika ia gagal di tutup dengan asas bedak atau mekap. Ada banyak rawatan moden yang boleh digunakan untuk merawat bintik hitam tersebut. Ada juga krim muka yang boleh menghilangkan bintik hitam tersebut. Jangan lah stress ya...

Namun kali ini saya nak kongsikan petua hilangkan bintik hitam dengan cara tradisional. Caranya mudah, murah dan tidak membazir jika proses tersebut tak berjaya pun...haha, namun begitu petua tradisional ni kena bersabar sikit. Yang penting ia bebas bahan kimia...

Petua Hilangkan Bintik Hitam Di Muka


1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.

2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam. 

Petua Hilangkan Bintik Hitam Di Muka
Daun nangka rawat bintik hitam di muka

3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Dah tahu cara hilangkan bintik hitam di muka tu? Apalagi, cubalah. Yang penting lakukannya dengan sabar. Orang yang sabar selalunya berjaya. Kan?

#sebarkan petua jika ianya berguna... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close