Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Ayam black pepper atau lada hitam adalah antara menu kesukaan my hero. Dia mula pandai makan ayam black pepper ni bila dah biasa makan di asrama. Jadi, bila tiap kali balik bercuti, menu ayam masak lada hitam yang dimintanya. Kalau dulu menu ini agak jarang disediakan di rumah kami, tetapi kini ia menjadi antara menu popular di dalam senarai keluarga kami. Hihi...

So, kali ini saya kongsikan resepi ayam masak lada hitam, di mana ayamnya digoreng dahulu tetapi jangan terlebih masak. Jika terlalu garing, kuah lada hitam susah pula nak meresap dalam daging ayam tersebut..

Resepi Ayam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan di bawah adalah anggaran hidangan untuk 3 - 4 orang sekeluarga. Kalau nak masak lebih, boleh lebihkan ayam dan bahan-bahannya. Mudah aje...


Resepi Ayam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

½ ekor ayam | dipotong dan digoreng
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar
2 sudu makan kicap pekat
1 ½ sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
2 helai daun salam / Garam dan gula secukup rasa / Minyak masak secukupnya

Bahan hiasan:
4 batang cili hijau - dihiris
2 biji tomato - di belah empat

Cara Menyediakan Ayam Masak Lada Hitam


1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga berbau wangi,

2. Selepas itu masukkan lada hitam bersama-sama daun salam.

3. Masukkan kicap pekat. Kacau rata.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.

6. Masukkan bahan hiasan seperti tomato dan cili hijau dan kacau seketika.

7. Angkat dan sedia dinikmati.

Nota: 
Jika ingin berkuah lebih, tambahkan sedikit air.

Selamat mencuba resepi ayam masak lada hitam. Semoga keluarga anda lebih berselera dengan hidangan yang berlainan setiap hari...hihi

#kongsikan resepi jika suka 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close