Usah Takut Menjalin Persahabatan Baru. Mengapa seseorang takut untuk menjalinkan persahabatan baru setelah berlaku perpisahan? Tak kiralah samada perhubungan yang terputus itu sekadar perhubungan biasa ataupun sebuah jalinan percintaan. Mengapa?
Adakah anda takut untuk dilukakan sekali lagi? Atau jika bersahabat, adakah anda bimbang jika bakal ditinggalkan dalam kesedihan berpanjangan? Usahlah berfikir begitu, tahukah anda orang yang menyambung tali silaturrahim atau persahabatan akan dilapangkan rezekinya.
Dari Anas bin Malil RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa ingin dilapangkan baginya rezekinya dan dipanjangkan untuknya umurnya hendaknya ia melakukan silaturrahim. (Bukhari & Muslim)
Bukankah Allah menjadikan pelbagai ragam manusia di muka bumi ini untuk kita saling mengenal antara satu sama lain? Mengapa harus fobia atau takut untuk menghulurkan salam persahabatan sedangkan Rasulullah SAW berpesan supaya kita sentiasa memanjangkan silaturrahim dan juga menyambungkan persahabatan yang terputus.
Untuk menjalinkan persahabatan baru, kita harus bersikap terbuka, berbaik sangka kepada manusia dan yang penting berbaik sangka dengan Allah juga.
Setiap muslim bersaudara.
Ingatan untuk diri sendiri dan juga anda semua, sambungkanlah silaturrahim agar dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur kita, insyaa Allah.
#sebarkan bahagia

Usah Takut Menjalin Persahabatan Baru

Dan orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. [Surah al Hujurat:ayat 10]Jadi, adakah kita tergolong dalam golongan yang disebutkan itu? Bersahabatlah kerana Allah. Kelak kamu tidak berasa tersisih dari kasih dan rahmat Allah.
Ingatan untuk diri sendiri dan juga anda semua, sambungkanlah silaturrahim agar dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur kita, insyaa Allah.
#sebarkan bahagia
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.