Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Dapat Komisen Affiliate Dari Bookcafe

Ada permintaan daripada geng affiliate Bookcafe supaya berkongsi tips untuk dapat komisen dari promosi yang di buat.  Dalam artikel di bawah nanti, saya akan cuba cerita secara ringkas cara mudah dapat komisen affiliate dari Bookcafe. 

Selalu juga saya terbaca bila ada agen affiliate Bookcafe cerita kisah mereka yang susah dapat komisen jualan, promosi macam tak jalan dan kurangnya klik daripada pengunjung blog atau media sosial yang lain.

Bila Bookcafe keluarkan senarai agen affiliate yang dapat pembayaran komisen sebab jumlah terkumpul telah lebih RM100, maka ada yang minta tips daripada saya. Sebab saya antara yang dapat pembayaran tersebut...hihi
 



Cara Mudah Dapat Komisen Affiliate Dari Bookcafe 


Nak tahu cara mudah dapat komisen dengan jadi agen affiliate di Bookcafe? Cara-cara berikut mungkin ada ramai yang dah guna. Dan, anda juga boleh baca banyak lagi cara lain yang digunapakai oleh agen affiliate di luar sana yang selalu dapat komisen tinggi. Saya hanyalah blogger part time yang dapat sikit income dari jadi agen affiliate dengan Bookcafe..



1. Letakkan banner iklan Bookcafe di tempat yang betul. Contohnya dalam teks entri dan atas page di dalam blog.
2. Tulis artikel promosi produk yang terdapat di Bookcafe dengan lebih kerap, contohnya dua kali seminggu.
3. Selalu Ping! entri atau artikel tersebut di media sosial dengan berkala seperti di Facebook, Twitter, Google+ dan banyak lagi.
4. Pastikan blog, atau media sosial anda aktif!
5. Mesti masukkan link ID affiliate anda yang betul pada setiap banner yang diletakkan.

Hah! Rasanya itu saja cara mudah yang saya buat untuk dapat komisen dari Bookcafe.Com. Jika anda ada cara lain, boleh juga kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Namun begitu, di sebalik semua itu kita kena yakin dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan. Jika ada usaha, pasti ada hasilnya. Jadi, jangan putus asa dan terus promosi sehingga anda akan dapat komisen tak putus-putus walaupun hanya sekecil RM1.65 sahaja.

Selamat mencuba.

#pesta buku online Bookcafe   

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas tips nya kak... Syukur :)
    Walaupun komisen paling kecil saya pernah dapat adalah sebanyak 6sen, tapi berbaloi rasanya dapat begini.. Sentiasa bikin teruja saja bila lihat ada penambahan komisen tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ct, Syukur kpd Allah. Kecil atau besar pun rezeki namanya..hihi

      Delete
  2. Terima kasih kongsi tips ni :D saya pun masih lagi dalam proses kumpul komisen

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close