Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hati Yang Tiada Harganya

Dari mata turun ke hati. Bila hati berkata-kata, apakah yang kita dapat? Apakah yang hati bisikkan hingga adakala membuatkan Allah murka. Kebaikan luaran tidakkah diambil kira? Jika hati telah tiada harganya lagi? Jawablah...dengan lapang dada.

Jagalah hati agar selalu bersih dari sifat-sifat dengki dan khianat. Dari sifat riak dan sombong. Hati yang bersih akan terhindar dari banyaknya dosa dan menjemput sifat taqwa. Bersangka baik dengan Allah dan hamba Allah. Itulah pegangan hati yang amat sukar dilakukan.

Tetapi, kita boleh berusaha, melatih hati untuk terus istiqamah melakukan kebaikan yang terbaik, pada jalanNya.


Hati Yang Tiada Harganya 


Saidina Ali bin Abi Talib berpesan;
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. 

Bermakna kita semua kena jaga mata, bila lihat sesuatu yang indah kena ucap subhanallah, bila lihat kejadian yang cela ucapkanlah astagfirullah dan sebagainya. Bagi wanita muslim, jagalah mata dan pandangan bila lihat lelaki. Jangan berlebih-lebihan memuji dan menggoda dengan ekor mata. Kerana perbuatan zina pun bermula dari mata dan seterusnya...dijauhkanlah hendaknya. 


 

Bila mata gagal dikuasai, bagaimana pula kita nak mengawal hati. Hati yang letaknya di dalam, sukar diteka akan niat dan tujuannya. Hati yang berasal dari seketul daging, mempunyai harga yang tidak ternilai jika kita mampu mengawalnya. Mulakan dengan mata, lihat dan perhati kepada yang dibolehkan mengikut syariat maka, hati akan ikut patuh dan melakukan kerjanya dengan tenang.

Letakkan harga yang tinggi kepada hati anda kerana Allah SWT menilai kita di situ.  

#salam jumaat, may Allah bless!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close